CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9782|Reply: 0

[Sarawak] NREB Sarawak siasat insiden sisa kayu terapung di Sungai Krangan

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:10 PM | Show all posts |Read mode


Gambar yang dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan menunjukkan sisa kayu terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin.

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak sedang menyiasat punca sisa kayu terapung yang ditemukan di Sungai Krangan, Balai Ringin, kira-kira 88 kilometer dari sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NREB menegaskan bahawa pihaknya mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kesan pencemaran dan mengelakkan kerosakan alam sekitar yang lebih serius.

"NREB juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi mengeluarkan sisa kayu tersebut untuk memulihkan kawasan terjejas serta mengurangkan gangguan kepada komuniti setempat.

"Pegawai penguat kuasa telah dikerahkan ke lokasi bagi menilai keadaan dan menentukan tindakan lanjut, sementara kerja-kerja pembersihan sedang diselaraskan dengan agensi awam serta sektor swasta untuk memastikan penyelesaian segera," menurut kenyataan itu.

NREB turut menggesa semua pengusaha ladang supaya mematuhi peraturan alam sekitar dengan ketat bagi mengelakkan kemusnahan sumber air.

"Kerjasama daripada semua pihak berkepentingan amat penting dalam memastikan pengurusan alam sekitar yang lestari dan mencegah kejadian serupa pada masa hadapan,"  menurut kenyataan itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.140139 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list