![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250205/btu-ub050225-ai-ditemukan-p2.jpg)
Mangsa yang dilaporkan hilang dibawa keluar dari dalam hutan oleh anggota bomba.-Gambar JBPM
BINTULU: Seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan hilang di hutan dalam kawasan Insitut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan bomba Bintulu sekitar jam 9.01 malam tadi pada jarak 440 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, seramai 12 anggota bomba melakukan pencarian ke atas mangsa yang menemuinya pada jarak 440 meter dalam hutan.
Katanya, setelah dijumpai mangsa didapati dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri seterusnya dibawa keluar oleh anggota bomba dari dalam hutan berkenaan.
"Mangsa yang merupakan pelajar di insitut berkenaan berjaya dikeluarkan dari hutan tersebut pada jam 9.21 malam dan diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Perkhidmatan Penyelamat Rawatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sebelum itu katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada jam 8.09 malam seterusnya menggerakkan operasi menyelamat.
Jelasnya, operasi tersebut berjaya menemui mangsa sehingga selesai pada jam 9.23 malam dan setelah keadaan didapati selamat pihak bomba kembali semula ke balai.
|