CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20866|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Isu sampah dibuang dekat dengan kubur sudah diselesaikan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:17 PM | Show all posts |Read mode


Jempol: Timbunan sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di tiga lokasi di Kampung Baru Ayer Hitam, di sini, dibersihkan syarikat SWM Enviroment, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali berkata, ia antara tindakan awal dilakukan bagi membersihkan tiga lokasi pembuangan sampah di kampung berkenaan.

Katanya, lubang digali sebelum sampah dikambus di lokasi terbabit oleh petugas SWM.

"Bagi tindakan sementara, Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Jempol sudah membuka kawasan pembuangan sampah seluas 6.4 hektar berhampiran Kampung Seri Air Hitam.

"PTD Jempol mewartakan kawasan itu sebagai lokasi pembuangan sampah sementara dan lubang sampah sudah digali bagi memudahkan sampah dibuang," katanya ditemui.

Mohd Razi bersama kakitangan PTD Jempol meninjau lokasi pembuangan sampah ausulan laporan Harian Metro semalam.

Ia berikutan kekecewaan penduduk selepas kampung mereka dijadikan tempat pembuangan sampah, termasuk di jalan berhampiran tanah perkuburan kampung berkenaan.

Mohd Razi berkata, pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diminta mengambil inisiatif bagi memastikan sampah dari kampung dikutip mengikut jadual.

Sementara itu Pengerusi JPKK kampung itu, Mohd Fazlin Sholainia berkata, pihaknya akan bermesyuarat bagi melaksanakan kaedah sesuai mengutip sampah.

"Kami harap, selepas ini, tiada lagi pihak membuang sampah di kampung ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.292784 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list