CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20910|Reply: 0

[Johor] Dua sindiket edar air ketum, dadah tumpas

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:21 PM | Show all posts |Read mode

DUA sindiket dadah dan air ketum tumpas dalam tiga serbuan di sekitar Johor, semalam. FOTO Ihsan Polis.

Johor Bahru: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran air ketum dan dadah menerusi tiga serbuan yang dijalankan di sekitar kawasan Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan dan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan berjaya menahan lima lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Katanya hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis nitrazepam, manakala dua lagi negatif.

"Semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak Disember tahun lalu, dengan menjadikan rumah teres sebagai tempat pembungkusan dan stor penyimpanan air ketum sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

"Dalam operasi ini, pihak polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya ekstasi (102 gram), syabu (7.57 gram), yaba (0.18 gram), eramin 5 (0.27 gram), daun ketum (591 gram) dan air ketum (108 liter), bernilai RM4,727.

"Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM225 serta Perodua Bezza. Secara keseluruhannya, nilai rampasan dadah dan sitaan dalam operasi ini dianggarkan berjumlah RM38,727," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 11 Februari depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.060143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list