CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13259|Reply: 0

[Johor] KEMAS SEDIA JADI ‘FEEDER’ SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:45 AM | Show all posts |Read mode

Pertemuan antara YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dengan Datuk Mohd Hanafiah Man, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). | Foto KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

IskandarPuteri – Kerajaan Negeri berharap Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negeri ini menjadi ‘feeder’ untuk Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) yang menumpukan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Harapan yang dizahirkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ketika menerima kunjungan hormat warga KEMAS diketuai Datuk Mohd Hanafiah Man, Ketua Pengarahnya di Putrajaya itu dilihat KEMAS sebagai peluang kolaborasi dengan Kerajaan Negeri.

KEMAS menyifatkan peluang menyediakan anak-anak TABIKA di bawah jabatan tersebut untuk SRBJ adalah bertepatan dengan usaha mereka memperkenalkan projek rintis ‘Smart Classroom’ berteraskan digital serta Sains, Teknologi Agama, Inggeris dan Matematik (STREAM) di Putrajaya bermula Julai ini.

Selain itu, KEMAS berterima kasih kepada Menteri Besar Johor kerana menyambut baik usaha jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu dalam meneruskan program lanjutan Pra Tahfiz bagi anak-anak TABIKA yang telah memasuki sekolah rendah.

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut memberi jaminan membincangkan program berkenaan di peringkat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) untuk dilaksanakan di negeri ini, seterusnya memasukkan modul tahfiz atau hafazan di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi menampung keperluan anak-anak TABIKA KEMAS yang telah melalui kelas Pra Tahfiz.

KEMAS juga amat menghargai komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan peruntukan tambahan kepada Jabatan-Jabatan Persekutuan di negeri ini serta berkongsi aspirasi dalam menjayakan program berkepentingan umum sekali gus mahu menjadi sebahagian pendekatan ‘whole-of-government’ dilaksanakan oleh Johor.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.062194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list