CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27393|Reply: 0

[Johor] Johor harap projek jejambat Meridian East Pasir Gudang diselesaikan

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode

ONN Hafiz Ghazi mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bagi membincangkan projek infrastruktur Johor, Rabu lalu. FOTO ihsan MEDKOM

Johor Bahru: Penyelesaian projek jejambat Meridin East Pasir Gudang yang terbengkalai sejak 2021, dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan penyuraian trafik di kawasan itu dapat dilaksanakan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu dibincangkan dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kunjungan hormatnya bersama delegasi kerajaan negeri pada kelmarin.

"Penyelesaian projek jejambat yang terbengkalai sejak 2021 itu antara perkara yang dibincangkan selain beberapa projek infrastruktur lain.

"Kerajaan Johor turut mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian di mana langkah ini bakal membuka akses dua hala ke Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) serta mengurangkan kesesakan trafik di Pasir Gudang.

"Kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan semua projek infrastruktur di Johor disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan termasuk memastikan penyuraian trafik dapat dilaksanakan sepanjang tempoh pelaksanaan projek berjalan lancar.

"Besar harapan kami supaya segala permohonan dapat dipertimbangkan demi memastikan Johor terus maju sebagai negeri yang berdaya saing dan makmur," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, Kementerian Kerja Raya turut meluluskan peruntukan signifikan berjumlah RM263 juta bagi tahun ini untuk Johor.

Katanya, kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan meluluskan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur Johor itu.

"Pertemuan saya bersama Menteri Kerja Raya serta delegasi kerajaan negeri itu adalah bagi membincangkan hala tuju pembangunan infrastruktur Johor.

"Menerusi perbincangan berkenaan, beberapa isu dan perkara yang menjadi keutamaan Johor turut dibangkitkan termasuk projek 'hotspot' banjir di Johor, projek pembangunan serta penyelenggaraan jalan Persekutuan dan jalan susur," katanya.

sumber: hmetro












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.074738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list