CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15041|Reply: 0

[Negeri Sembilan] PATI 'kepanasan' diserbu, sanggup terjun siling

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:54 AM | Show all posts |Read mode

Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan. Foto ihsan JIMNS

SEREMBAN - Nekad terjun dari siling kerangka tapak bangunan pembinaan dan menyorok di celahan dinding konkrit yang sempit antara gelagat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 'kepanasan' apabila diserbu pihak berkuasa pada Khamis.

Serbuan itu dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) dalam operasi bersepadu di dua lokasi iaitu sebuah kilang bata di Kuala Pilah dan tapak pembinaan bangunan industri di Port Dickson.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil daripada operasi berkenaan, seramai 116 daripada 180 warga asing yang diperiksa telah ditahan.

"Semasa serbuan, berlaku aksi mengejar di antara pegawai imigresen dengan PATI di lokasi tapak pembinaan sehingga salah seorang dari mereka nekad terjun dari siling kerangka tapak bangunan pembinaan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ada yang bertindak bersembunyi di celahan dinding konkrit bangunan pembinaan yang sempit bagi mengelak dicekup," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Mereka terdiri daripada (9) lelaki warga Pakistan, (13) lelaki dan (2) wanita warga Indonesia, (5) lelaki warga India, (2) lelaki warga Myanmar, (74) lelaki warga Bangladesh dan (11) lelaki warga China.

Sebuah kilang bata di Kuala Pilah turut diserbu. Foto ihsan JIMNS

"Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 55 tahun telah dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan kekuatan anggota penguatkuasaan JIM seramai 38 orang bersama pasukan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya, pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung keberadaan PATI terbabit.

"JIMNS mengalu-alukan sebarang maklumat dan menjamin kerahsiaan pemberi maklumat.

"Kita juga ingin mengingatkan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi PATI dan tindakan tegas boleh diambil jika berbuat demikian," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046314 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list