CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24884|Reply: 0

[Johor] Tiga cedera, kemalangan lima kenderaan di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:14 PM | Show all posts |Read mode

Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Kempas Baru, Kempas, Johor Bahru, petang semalam. - Foto tular

JOHOR BAHRU: Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Kempas Baru, Kempas di sini, petang semalam.

Kemalangan jam 5 petang membabitkan pikap Ford Ranger, Perodua Axia, van Kia Pregio serta dua motosikal, Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima maklumat jam 5.10 petang.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger 2.0 dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dari arah Pasir Gudang menuju ke Setia Tropika melanggar Perodua Axia dipandu lelaki warga tempatan berusia 21 tahun.

"Ketika itu, dua kenderaan itu sedang bergerak di lorong yang sama ketika lampu isyarat berwarna hijau.

"Akibat pelanggaran itu, pemandu Ford Ranger terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar van dan dua motosikal terbabit yang ketika itu ketiga-tiga kenderaan itu sedang berhenti di lampu isyarat," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial, malam tadi.

Susulan kejadian itu, pemandu van berusia 53 tahun cedera di kepala dan kaki kanan manakala penunggang Yamaha Y15ZR iaitu remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun cedera di pinggang, leher, kaki dan tangan.

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066136 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list