CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25293|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tak bazir cuti sekolah, 16 kanak-kanak kuasai ilmu berzanji, marhaban

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode

ANAK-ANAK Kampung Kampai dan Kampung Kuala Pah menyertai program berzanji dan marhaban bersama guru mengaji disebuah rumah penduduk. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Habiskan masa lapang cuti persekolahan dengan melakukan aktiviti berzanji dan marhaban sekitar kampung.

Itu antara kegiatan bermanfaat sekumpulan 16 kanak-kanak dan remaja Kampung Kuala Pah di sini, yang memanfaat cuti persekolahan dengan aktiviti bermanfaat.

Salah seorang peserta, Muhammad Ilham Wahyu Abdul Rahim,11, berkata, seramai 16 ahli kumpulan berzanji dan marhaban berkenaan dilatih oleh bekas imam di kampung itu.

"Kami mengaji dan menimba ilmu dari Tok Dan (bekas imam) di surau kampung sebelum diajar berzanji dan marhaban.

"Susulan itu kami kerap diundang bagi mengadakan majlis berzanji di rumah penduduk kampung. Kegiatan keagamaan ini adalah cara kami mengisi aktiviti sepanjang cuti persekolahan," katanya.

Sementara itu guru mengaji al-Quran dan berzanji, Hasnidan Hussein yang juga bekas imam Masjid Kariah Kampai berkata, kesemua ahli kumpulan berzanji dan marhaban itu adalah anak muridnya yang mengikuti kelas al-Quran dan fardu ain yang diadakan setiap Isnin, Selasa dan Khamis di surau Kampung Kuala Pah.

Katanya, usaha mewujudkan kumpulan berzanji dan marhaban dikalangan generasi muda mampu memastikan adanya golongan pelapis yang akan meneruskan aktiviti itu.

"Mereka sudah pandai mengaji, saya ajar mereka berzanji dan marhaban sebelum tampil dalam majlis aqiqah penduduk kampung.

"Terdapat 16 anak-anak berusia 10 hingga 13 tahun yang belajar mengaji. Namun buat permulaan seramai 13 individu diambil menganggotai kumpulan berzanji ini," katanya.

Justeru itu katanya kumpulan berzanji dan marhaban kanak-kanak dan remaja itu akan terus diberi latihan selama 45 minit sebelum mereka diajar mengaji al-Quran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.037447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list