![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/02/08/3000018.jpg)
JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang juga pesakit mental maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan flat di kawasan Kempas Permai, di sini pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada orang awam kira-kira jam 11.20 pagi.
“Setibanya pihak polis ke lokasi, didapati seorang wanita terbaring di tempat letak motosikal di kawasan flat berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang juga wanita tempatan berusia 27 tahun itu sebenarnya masih menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.
“Bagaimanapun, polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan dengan kejadian tersebut dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),bagi tujuan bedah siasat,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
|