Post Last Edit by adi_kelana at 31-5-2011 16:37
Sesuatu yang misteri itu wujud dari dunia yang wujud diantara ruang tabir halus diantara dunia kita dan mereka. Benarkah kewujudan mereka? Semerdu alunan lagu Seri Bunian..wujudkah mereka?
Saya Adi Kelana, ingin mengajak anda semua berkunjung ke alam sana umpama berziarah ke kampong sebelah mengikut pengalaman dan jalan-jalan yang telah saya lalui.
Ramai yang telah memperkatakan kewujudan kampung2 bunian samaada dihujung2 kampung, di tengah2 hutan atau dimana saja. Tetapi pelbagai persepsi dan anggapan telah di khabarkan kepada kita semua…ada yang kedengaran seperti sangat indah dan ada juga yang kedengaran sangat mengerikan….dan ada yang mendengar tanpa bayang………….
Putus cinta dan harapan, itu lah yang menyebabkan aku berhijrah ke kampong..melepaskan semua beban dan harapan di kota metropolitan aku ingin mencari ketenangan disini. Setelah sehari, seminggu dan sebulan berlalu..aku mula dilanda kemurungan yang kronik..jadi anti sosial, port yang aku paling suka sekali ialah tunggul pokok kelapa tumbang yang menghadap parit depan rumah usang mak bapak aku tu..
Disitu lah aku membuang masa, mengalunkan bait-bait zikir yang diajarkan oleh bapak aku..untuk mengelakkan aku terus hanyut dalam dunia fana yang aku cipta sendiri. Dari lepas waktu Asar aku akan duduk atas tunggul tu sampai hampir ke senja jika aku datang mood untuk aku berseorangan.
1 Muharram, tepat jam 12 malam aku mandi bunga sebagai ritual untuk membersihkan jiwa aku yang sangat kusut dan mengembalikan keceriaan dan wangian hati aku. Malam tu juga aku bermimpi didatangi oleh seseorang yang aku rasa sangat mesra dan sangat tertarik dengan kemanisan dan kesucian wajah beliau. Setelah memperkenalkan diri sebagai Mbah Brahim, aku terus bersalam dan mencium tangan beliau. Wangi! Semerbak bau kasturi meresap kedalam jiwaku..sungguh nyaman dan tenang.
"Nak..kenapa membuang masa mengenang kisah silam? Dunia takkan puas di hatimu..”
Terus aku terjaga, terpinga-pinga! Sapa dia? Apa maksud kata-katanya?. Selepas Subuh, aku terus mendapatkan Bapak aku yang sedang sibuk meraut bilah-bilah buluh untuk dijadikan bakul-bakul anyaman.
“Pak..malam tadi ada orang namanya Mbah Brahim datang, dia cakap sekian-sekian…”
“hmmm…(jawapan biasa) tunggu lah dia datang lagi”
Itulah jawapan muktamad…kalau dah start dengan “hmmmm..”maksudnya jangan Tanya lebih-lebih…nanti 2-3jam mesti dia buka cerita…
InsyaAllah. |