CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Bantu Freedom Flotilla II

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Karya mengenai Gaza dan Palestin diperlukan sebagai tanda sokongan moral\r“KAMI berhajat sangat supaya penulis dan pengarang menghasilkan apa saja karya mengenai Gaza dan Palestin serta tersiar di media dalam tempoh sebulan ini.”\r\n\n\n\nItu rayuan Pengerusi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G), Dr Noorazman Mohd Samsuddin pada Taklimat Ringkas Freedom Flotilla II di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\rIni kerana Freedom Flotilla II yang turut membabitkan kapal Mavi Marmara yang pernah diserang tentera Israel pada pertengahan tahun lalu, sekali lagi bakal membawa misi keamanan yang penting pada Jun ini.\r\n\n\n\n\n\rSekiranya Freedom Flotilla tahun lalu membawa misi untuk ‘merobohkan’ tembok kekejaman regim Zionis yang mengepung Gaza dengan membawa bekalan hayat ke ‘penjara terbesar’ di dunia, misi kali ini adalah sebagai demonstrasi di lautan terhadap negara yang menjajah Palestin berkenaan.\rKali ini, Flotila II bakal disertai 15 kapal yang memuatkan lebih seribu sukarelawan dari 50 negara dengan perancangan asal untuk belayar sebagai memperingati setahun peristiwa serangan ganas tentera Israel terhadap Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei tahun lalu.\rDalam kejadian itu, sembilan sukarelawan terbunuh manakala lebih 60 peserta lain cedera dalam serangan tentera komando Israel ke atas Mavi Marmara yang turut memuatkan 12 sukarelawan Malaysia.\rKebimbangan Israel terhadap Freedom Flotilla II terserlah apabila wakil negara haram itu berusaha mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) supaya meminta negara anggota untuk menghalang kapal sukarelawan di negara masing-masing.\rBagaimanapun, setakat ini desakan Israel itu menemui jalan buntu kerana tindakan Freedom Flotilla yang menggunakan perairan antarabangsa untuk masuk ke perairan Gaza tidak bercanggah dengan peraturan antarabangsa dan kemanusiaan.\rJusteru, Dr Noorazman berkata, pihaknya bimbang sekiranya Israel sekali lagi mengambil tindakan di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa terhadap ‘demonstrasi di lautan’ itu.\r“Kami mengharapkan semua penulisan sastera sama ada puisi, cerpen, skrip drama atau artikel dapat diterbitkan dalam merata media untuk menyebarkan situasi yang berlaku di Gaza dan Palestin.\r“Ini kerana kempen kami hanya digerakkan oleh golongan kecil yang tidak mewakili kerajaan, tentera dan negara, sebaliknya individu yang memiliki mekanisme pertahanan yang bukan keganasan,” katanya yang juga bekas Pensyarah Kejuruteraan Bio-Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).\rBeliau mengharapkan golongan penulis untuk bersatu dan menghasilkan karya secara kolektif untuk menghidupkan sensitiviti masyarakat di negara ini.\r“Kami ada tangan untuk diangkat kedua-duanya, kepala untuk tunduk dan kaki untuk berlutut supaya tentera Israel tidak menembak kami. Sekiranya kami diserang di atas kapal sekali lagi, kami memerlukan bantuan daripada masyarakat di seluruh dunia termasuk media arus perdana,” katanya yang pernah dianugerahkan Tokoh Aktivis Masyarakat sempena Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H/2010.\rDr Noorazman turut menyarankan pengarang untuk menghasilkan tulisan yang mengangkat dan menyorot pengalaman sukarelawan yang berada di atas Mavi Marmara pada Mei tahun lalu termasuk dalam bentuk sketsa.\r“Contohnya kisah sukarelawan yang berusia 20-an dan mengandung dua bulan yang menyaksikan suaminya meninggal dunia di depan mata sehingga menyentuh hati rakyat di negara ini.\r“Ini kerana sekiranya berlaku sesuatu pada Jun nanti, rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk melihat apa yang berlaku, sekali gus turut memberikan tekanan kepada media massa terutama media Barat dan PBB yang kesannya turut dirasai Israel,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN).\rDi sebalik rayuan itu, Dr Noorazman sempat berseloroh dengan menjemput wakil PENA untuk menyertai misi itu, tetapi pelawaan berkenaan wajar dipertimbangkan oleh persatuan penulis terbabit memandangkan pentingnya usaha mendokumentasikannya sama ada dalam bentuk kreatif, separa kreatif atau bukan kreatif.\r“Asia diberi 30 tempat sama ada Mavi Marmara atau kapal antarabangsa yang lain dan pihak kami akan mengadakan pemilihan dan latihan ketahanan minda. Memang ada kos, tetapi bayarannya bergantung kepada kedudukan kewangan sesuatu organisasi dan ia turut membabitkan pembiayaan untuk projek selain Freedom Flotilla II seperti bantuan perubatan,” katanya.\rBeliau berkata, pemilihan peserta mengambil kira kepakaran dan mementingkan kedudukan peserta yang mewakili organisasi atau individu seperti ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN).\r“Pengambilan peserta bukan bersifat individu kerana tempat yang terhad sehingga sejak kita membuka pendaftaran tempoh hari, sudah ada 2,000 pemohon yang berminat.\r“Dengan minat yang ditunjukkan oleh PENA, saya kira ia melambangkan persatuan ini bersedia untuk menghantar wakilnya dalam misi Freedom Flotilla II,” katanya sambil berseloroh.\rBeliau turut berkongsi pengalaman termasuk detik cemas selama tiga jam apabila pasukan komando Israel menyerbu dan merampas Mavi Marmara termasuk kisah beberapa sukarelawan yang syahid hanya kerana berusaha menyelamatkan mangsa.\rBagaimanapun, pengalaman yang berharga itu tidak dapat dikongsi dengan lebih ramai penulis kerana acara terbabit hampir-hampir dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan kecuali sedikit pelajar universiti dan beberapa kerat pengarang.\rPemilihan masa pada petang Jumaat mungkin menyumbangkan kepada hal ini, tetapi penulis dan pengarang wajar membuka dimensi kepengarangan mereka lebih luas daripada dunia sastera per se, manakala PENA pula perlu berusaha lebih keras untuk menguar-uarkan acara mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037180 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list