CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Wartawan al-Jazeera hilang di Syria selamat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DOHA: Wartawan al-Jazeera, Dorothy Parvaz yang hilang sejurus tiba di Syria bulan lalu dibebaskan dan sudah keluar dari negara Arab bergolak itu, kata saluran berita itu dalam laman webnya semalam.\r“Rangkaian al-Jazeera mengesahkan beliau sudah dibebaskan dan berada dalam keadaan selamat dan sihat,” kata satu kenyataan dalam laman web itu.\r\n\n\n\n\rAl-Jazeera berkata, Parvaz, 39, kembali semalam ke Doha dari Iran selepas hilang sejurus tiba di Damsyik pada 29 April lalu. Parvaz  memiliki pasport Amerika Syarikat, Kanada dan Iran, ditahan di Syria ketika tiba di Damsyik 19 hari lalu ketika bertugas.\r\r\n\n\n\n\n   “Ketika tempoh itu, beliau tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar,” ia menambah.\rPihak berkuasa Syria berkata, wartawan itu diusir ke Iran kerana melakukan perjalanan menggunakan pasport Iran   tamat tempoh.\rKementerian Luar Iran,  kelmarin berkata, ia sedang ‘mengikuti’ pergerakan Parvaz selepas Kedutaan Syria di Washington meletakkan satu kenyataan beliau diusir ke Tehran.\r“Kami  meneliti isu itu. Mendapatkan maklumat berhubung situasinya penting buat kami,” kata jurucakap kementerian, Ramin Mehmanparast kepada media, menyokong kenyataan Syria bahawa beliau memasuki Syria menggunakan pasport Iran tidak sah sambil membawa pasport lain.\r\n\n\n\n\rBeliau menegaskan Teheran tidak mengiktiraf kewarganegaraan pelbagai.\rAl-Jazeera merayu kepada Iran minggu lalu supaya membebaskan segera Parvaz. Kedua-dua pihak berkuasa Amerika dan Kanada melahirkan kebimbangan berhubung kesnya.\rSatu ruangan dalam  Facebook bertajuk ‘Free Dorothy, please  urge Iran to release her immediately’ (Bebaskan Dorothy, tolong gesa Iran bebaskannya segera) mempunyai lebih 16,000 pelawat.\rPihak berkuasa Syria menutup negara itu kepada kebanyakan media antarabangsa ketika mereka mengenakan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang meletus dua bulan lalu.\rSyria juga menuduh al-Jazeera dan saluran satelit lain sengaja membesar-besarkan bantahan dan imej penyiaran tanpa mengesahkan kesahihannya.\rOleh kerana hanya segelintir wartawan asing boleh memasuki Syria, media antarabangsa bergantung penuh kepada rakaman video  dikeluarkan penunjuk perasaan  dalam laman internet seperti YouTube.   – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list