CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

PM Singapura umum Kabinet baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong letak jawatan tetapi dilantik sebagai penasihat kananSINGAPURA: Perdana Menteri (PM) Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan barisan Kabinet baru semalam, dengan menamakan Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam sebagai timbalan perdana menteri.\n\n\n\nTimbalan Perdana Menteri sebelum ini, Wong Kan Seng; Menteri Pembangunan Kebangsaan, Mah Bow Tan dan Menteri Pengangkutan, Raymond Lim bersara daripada Kabinet.\n\n\n\n\nTharman, 54, akan mengekalkan portfolio kewangan, di samping memikul tanggungjawab baru sebagai Menteri Tenaga Manusia, satu jawatan penting untuk menangani isu tenaga buruh asing yang sensitif di Singapura, berikutan meningkatnya sentimen antipendatang.Bercakap di satu sidang media di Istana, Lee menyifatkan perlantikan terbaru adalah satu perubahan bersejarah berikutan Menteri Kanan Goh Chok Tong dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew mengambil keputusan meninggalkan kabinet.Kedua-dua mereka mengumumkan keputusan untuk meletak jawatan Sabtu lalu.“Mereka sudah memberi komitmen penuh kepada Singapura, membina bangsa, meningkatkan taraf hidup dan membolehkan generasi seterusnya menikmati kehidupan yang lebih baik.\n\n\n\n“Saya mempertimbangkan perkara ini dengan hati-hati dan menerima keputusan mereka itu,” kata Lee yang kini ahli kabinet tertua berusia 59 tahun.Lee mengumumkan perlantikan bapanya, Kuan Yew sebagai penasihat kanan kepada Perbadanan Pelaburan Singapura.Goh pula dilantik sebagai penasihat kanan kepada Badan Kewangan Singapura dan diberi gelaran Menteri Kanan Emeritus.Penganalisis berpendapat perubahan kabinet yang diumumkan adalah paling dramatik pernah dilihat Singapura dengan 11 daripada 14 kementerian bakal diterajui menteri baru.Lee bakal mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri kerana selain Tharman, Timbalan Perdana Menteri sekarang yang juga Menteri Pertahanan, Teo Chee Hean akan kekal selain turut menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Koordinasi bagi Keselamatan negara. Perubahan itu berikutan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang kembali berkuasa selepas memenangi pilihan raya umum 7 Mei lalu, menyaksikan peratusan undi menjunam paras terendah dalam sejarah iaitu 60 peratus. – AFP/AgensiFAKTAPERUBAHAN PORTFOLIO TERPILIHTimbalan Perdana MenteriTeo Chee Hean dan Tharman ShanmugaratnamMenteri Pertahanan Ng Eng Hen  (bekas Menteri Pendidikan)Menteri Luar K Shanmugam (turut memegang portfolio undang-undang)Menteri Penerangan, Komunikasi dan SeniYaacob Ibrahim (bekas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air)Menteri Bagi Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal AsingMasagos Zuklifli (bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pendidikan)Menteri Pendidikan Heng Swee Keat (Ahli Parlimen baru)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.341831 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list