CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Mangsa cabul tak kenal Strauss-Kahn

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wartawan Perancis juga mahu fail dakwaan terhadap Pengarah Urusan IMF\rNEW YORK: Pekerja hotel yang menjadi mangsa cubaan rogol Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)  tidak tahu siapa Dmonique Strauss-Kahn sehingga sehari selepas serangan.\r\n\n\n\n\r  Pekerja hotel Sofitel berusia 32 tahun itu  ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun, kata peguam, Jeffrey Shapiro. Mereka berhijrah ke New York dari Guinea di Afrika Barat, kira-kira tujuh tahun lalu, katanya.\r\r\n\n\n\n\n  “Wanita itu tidak kenal identiti penyerang dan tidak pernah berurusan dengannya,” kata Shapiro.\r“Seorang rakan memberitahunya dan berkata adakah awak tahu siapa lelaki ini,” kata Shapiro yang memaklumkan anak guamnya kini bersembunyi.\rSerangan itu didakwa berlaku jam 12 tengah hari waktu tempatan Sabtu lalu. Pendakwa menuduh Strauss-Kahn, 62, menyerang ketika mangsa bertugas dan tidak sedar bilik mewah itu masih ada tetamu.\rMasalah dihadapi Strauss-Kahn semakin bertambah selepas seorang wartawan Perancis turut mendakwa menjadi mangsa cubaan rogol pada 2002 dan menimbang memfailkan aduan jenayah.\r\n\n\n\n\rPeguam wartawan berkenaan, David Koubbi berkata, langkah itu sedang difikirkan oleh anak guamnya, Tristane Banon yang mendakwa diserang di pangsapuri Strauss-Kahn ketika sesi wawancara. Ketika itu, Banon berusia 22 tahun.\r“Kami bergaduh dan bergelut di lantai. Saya tidak menamparnya. Saya menendangnya, dia cuba menanggalkan coli dan seluar jeans saya,” kata Banon.\rIsnin lalu, ketika sesi perbicaraan pertama Strauss-Kahn di Mahkamah Jenayah Manhattan, dia didakwa cuba merogol mangsa tetapi tidak berjaya sebelum memaksa pekerja hotel itu melakukan seks oral terhadapnya.\rPeguam bela menafikan tuduhan itu selain cubaan membunuh, penderaan seksual, dipaksa menjadi tahanan dan disentuh secara paksa. \rTertuduh tidak dibenar ikat jamin dan diarahkan untuk hadir di mahkamah esok. Beliau menghadapi hukuman penjara 25 tahun jika bersalah.\rShapiro berkata, selepas wanita lari daripada bilik hotel, dia terus melaporkannya kepada pihak keselamatan dan polis New York diminta melakukan siasatan.\r“Mangsa adalah seorang yang menghormati fakta undang-undang di negara ini. Beliau datang dari tempat undang-undang belum bersedia dilaksanakan. Dia rasa adalah tanggungjawabnya untuk membuat laporan.\r“Dia tiada agenda selain untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan menceritakan perkara sebenar,” katanya. \rWanita bukan rakyat Amerika itu berkata, dia mempunyai visa untuk bekerja di Amerika, ada pendidikan dan pengalaman tetapi perlu bekerja keras bagi memastikan terus dapat bekerja di Sofitel.\rShapiro yang diperkenalkan kepada wanita itu oleh seorang rakannya Ahad lalu, memberitahu sejak kejadian itu wanita itu tidak pulang ke rumahnya di Bronx dan hanya bertemu dengan anaknya kelmarin. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057848 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list