View: 147|Reply: 0
|
Indonesia cari 15 jaket bom
[Copy link]
|
|
Suspek dedah maklumat kumpulan militan edar baju di beberapa tempatCIREBON: Pasukan keselamatan Indonesia sedang menjejaki 15 jaket bom didakwa disediakan sekumpulan pengganas untuk menyerang sebuah masjid polis bulan lalu, mencederakan sekurang-kurangnya 30 orang.\rMaklumat berkenaan diperoleh daripada suspek yang ditahan berkaitan dengan serangan itu menunjukkan 15 jaket bom diedarkan di beberapa tempat di negara kepulauan terbesar itu, kata polis.\r\n\n\n\n\r “Kami masih lagi menjejaki 15 bom manakala 22 jaket bom sudah dirampas hasil siasatan berterusan,” kata jurucakap polis, Anton Bachrul Alam kepada pemberita di Cirebon, Jawa Barat, lokasi masjid yang diserang pada 15 April lalu.\r\r\n\n\n\n\n Polis juga menyiarkan video oleh pengebom, Muhammad Syarif, 32, yang didakwa mempunyai hubungan dengan beberapa rangkaian militan termasuk Jemaah Ansharut Tauhid (JAT), diasaskan guru agama Abu Bakar Bashir.\rPolis menahan 25 suspek dikaitkan dengan Syarif yang maut serta merta apabila dia meletupkan peralatannya di sebuah bilik solat dalam kompleks polis itu.\rSuspek didakwa terbabit dalam satu siri insiden, termasuk bom dalam buku yang dikirim kepada pejabat antikeganasan dan tokoh yang mempunyai fahaman Islam sederhana.\rPolis juga menggagalkan cubaan meletupkan sebutir bom berhampiran gereja di pinggir Jakarta pada Hari Kesyukuran lalu. Tiada orang terbunuh dalam insiden itu.\r\n\n\n\n\rPihak berkuasa memberi amaran kemungkinan serangan sama oleh pelampau tempatan bagi membalas dendam terhadap Osama bin Laden, pemimpin al-Qaeda yang dibunuh dalam serangan Amerika Syarikat di Pakistan bulan ini.\rIndonesia menahan beratus-ratus militan sejak ia menjadi medan utama perang antikeganasan pada 2002 apabila golongan radikal tempatan meletupkan bom di pulau Bali, membunuh 202 orang kebanyakannya pelancong Barat. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|