View: 142|Reply: 0
|
Selebriti polis bantu pulih imej negatif
[Copy link]
|
|
Wajah ceria, senyuman manis cara terbaru tangani tugas sukarJAKARTA: Wajah ceria dan senyuman manis menjadi senjata terbaru polis di Indonesia dalam misi mulia memberi perkhidmatan dan melindungi masyarakat.\rPenduduk mungkin akan terkejut dengan pendekatan baru polis itu dan mereka pasti akan lebih berlembut dengan anggota badan penguat kuasa berkenaan kali ini.\rLupakan senjata api canggih atau kaedah keselamatan ketat membabitkan teknologi terkini. Pihak polis kini lebih cenderung mengerah sekumpulan anggota dengan wajah yang menarik untuk menangani tugas sukar.\r\rAdj Komander Kristanto Yoga, Adj Komander Desmont Harjendro, Inspektor Eny Kuswidiyanti, Korporal Avvy Olivia, Korporal Astri Widya dan Korporal Pertama Eka Frestya adalah antara yang terpilih sebagai wajah baru pasukan polis.\r\n\n\n\n\n\rSebahagian daripada tugas mereka adalah memberikan laporan lalu lintas secara langsung di televisyen. Orang ramai boleh melihat wajah mereka setiap hari sambil mereka memberikan maklumat lalu lintas yang banyak membantu penduduk awam.\rMalah sikap murni dan wajah menarik mereka di skrin membuatkan ramai penduduk lupa mengenai reputasi polis yang dikaitkan sebagai antara institusi paling teruk terjejas dengan rasuah di negara berkenaan.\rMelihatkan wajah yang begitu cantik, orang ramai juga tidak lama lagi akan lupakan mengenai wajah kasar pegawai polis trafik yang biasa dihadapi sejak sekian lama.\rMalah pegawai terbabit sudah menjadi selebriti polis dan menjadi pilihan terbaru di kalangan peminat, menerima komen positif dan maklum balas.\rThe Jakarta Post berpeluang menemubual pegawai polis istimewa berkenaan di ibu pejabat mereka di Jakarta Selatan.\rSelain daripada seragam yang dipakai, pegawai polis terbabit kelihatan berbeza daripada yang lain.\rSeorang pegawai khas bertindak sebagai pengurus mereka yang bertanggungjawab mengatur semua temubual dan mewakili mereka apabila berhubung dengan media.\rMalah pihak media terpaksa menunggu setengah jam sementara mereka mengenakan solekan dan bersedia untuk ditemubual, sama seperti temubual selebriti lain.\rTetapi apabila ditanya mengenai perasaan mereka berikutan populariti dan layanan istimewa diberikan, pegawai terbabit segera menafikan menerima keistimewaan itu sebaliknya mendakwa mereka seperti pegawai polis lain. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|