View: 115|Reply: 0
|
Shah Rukh cedera lakon filem aksi
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Bintang Hollywood, Shah Rukh Khan yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru super hero Ra One dan filem aksi Don: The Chase Continues dilaporkan mengalami kecederaan di kaki akibat terperosok dalam lopak baru-baru ini.\rPelakon terbabit yang menghadiri pelancaran muzik bagi produksi terbarunya Always Kabhi Kabhi, kelihatan bersahaja mengenakan baju hitam dan seluar panjang serta dapat berjalan dengan baik seolah-olah tidak mengalami kecederaan. Namun di wajahnya jelas menahan kesakitan.\r\n\n\n\n\r Ditanya mengenai keadaan beliau, Shah Rukh memberitahu pemberita: “Saya mengalami kecederaan di kaki. Saya tidak tahu sama ada ia berlaku ketika menjalani penggambaran filem Ra One atau Don. Apa yang pasti, ia berlaku kerana kaki saya akibat terperosok dalam lopak, baru-baru ini.”\r\r\n\n\n\n\n Kecederaan bagi Shah Rukh adalah perkara biasa kerana beliau gemar aktiviti lasak sejak di bangku sekolah. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|