CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Zeti tokoh Asia layak terajui IMF: Bloomberg

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah antara empat tokoh ekonomi dan kewangan dari Asia yang disebut penulis veteran Bloomberg, William Pesek sebagai calon berkemampuan  menerajui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).\rJawatan tertinggi badan kewangan dunia itu kosong susulan peletakan jawatan Dominique Strauss-Kahn sebagai Pengarah Urusannya ekoran tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel.\r\n\n\n\n\r  Mengikut tradisinya IMF diterajui calon dari Eropah, manakala sebuah lagi badan kewangan utama dunia, iaitu Bank Dunia pula dipimpin tokoh dari Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan ekonomi dunia  diterajui negara Asia, ada pendapat berkata sudah sampai masanya IMF kini diterajui calon dari rantau ini.\rSelain Zeti, tiga lagi calon  disebut Pesek sebagai berkemampuan ialah ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan Jepun, Haruhiko Kuroda; bekas Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati; dan bekas Ketua Pejabat Penilaian Bebas IMF, Montek Singh Ahluwalia.\rDalam kolumnya, Pesek berpendapat Zeti boleh menjadi calon terbaik mengisi kekosongan jawatan di IMF itu bersandarkan  pengalaman luasnya  mengharungi beberapa kitaran krisis termasuk Krisis Kewangan Asia 1998 dengan menolak bantuan dana daripada IMF, sebaliknya mengambil pendiriannya sendiri dengan melaksanakan kawalan modal dan tambatan ringgit.\rMenerusi langkah itu, ekonomi Malaysia pulih dengan cepat berbanding negara serantaunya lain. \r\n\n\n\n\r“Zeti berkebolehan memberikan perspektif berbeza dalam pengurusan IMF, yang amat diperlukan ketika ini,” katanya.\rPesek turut menjelaskan Zeti juga adalah seorang daripada tokoh gabenor bank pusat amat dikagumi, selain turut menjadi perancang utama mengubah Malaysia kepada hab kewangan Islam global.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.230123 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list