CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Alat ganti Proton AMP

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd, melancarkan jenama alat ganti keduanya, ‘Proton AMP’ yang menawarkan pelbagai komponen serta aksesori berkualiti dan diluluskan syarikat itu pada harga lebih murah.\rKetua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat.\r\n\n\n\n\r  Katanya, selain penjimatan kos penyelenggaraan, pengguna produk AMP juga akan menikmati jaminan produk oleh Proton dalam tempoh tiga bulan atau 5,000 kilometer, tidak termasuk bagi alat ganti jenis ‘pasang dan haus’.\r\r\n\n\n\n\n  “Pelancaran Proton AMP ini selaras usaha menyediakan alat ganti berkualiti kepada pelanggan yang mana semua produk AMP ini bukan saja ditawarkan pada harga mampu milik tapi yang lebih penting diluluskan dan dijamin oleh Proton.\r“Apa yang utama bagi kami adalah kepuasan pelanggan, sokongan mereka  memberikan manfaat besar kepada kereta Proton milik mereka, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membanteras komponen berkualiti rendah dan terpakai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list