CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Surat: Guru kena inovatif jayakan transformasi pendidikan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MEI kebiasaannya dikaitkan dengan sambutan pelbagai hari tertentu Hari Guru yang diraikan pada setiap 16 hari bulan. Tema Hari Guru 2011 adalah ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. \rTema itu jelas membawa maksud perubahan ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara perlu digerakkan 400,000 pendidik di seluruh negara.\r\n\n\n\n\rGolongan ini adalah jumlah terbesar daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan kerajaan. Justeru, antara elemen terpenting yang harus dimiliki guru dalam merealisasikan transformasi itu ialah budaya inovasi, khususnya dalam pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. \r\r\n\n\n\n\nSecara umumnya, inovasi memberi makna pembaharuan dari aspek idea dan amalan guru. Nilai aspirasi 1Malaysia turut menyenaraikan budaya inovasi sebagai nilai yang perlu diberi penekanan dalam melaksanakannya. \rBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen karakter bersama kebijaksanaan seperti inovasi. \rSementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia tahun lalu turut menekankan antara fokus yang  diterapkan dalam sistem pendidikan negara ialah membangunkan generasi muda yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. \rIni jelas menunjukkan betapa pentingnya budaya inovasi dipupuk dalam diri pendidik. Guru perlu berani berubah untuk kebaikan, mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa menjadi perintis dalam bidang pendidikan. \r\n\n\n\nGuru berinovasi harus memikirkan cara memanfaatkan kemudahan disediakan untuk kebaikan pelajar.\rMungkin ada baiknya juga Kementerian Pelajaran merancang untuk memansuhkan peperiksaan wajib darjah enam dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain mengehadkan pengambilan subjek dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM). \rDi samping mengurangkan beban guru   yang terkejar-kejar  untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh ditetapkan, banyak masa boleh digunakan mereka untuk membudayakan inovasi ini khususnya memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk pelajar mereka.\rABDUL HALIM ABDULLAH,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035861 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list