CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Persoalan Agama: Empat punca hidup tidak tenang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
ASSALAMUALAIKUM ustaz. Saya selalu mengalami tekanan bila berhadapan  kerenah manusia sama ada di rumah, di tempat kerja dan anak-anak. Apakah ada  petua untuk mengelak tekanan dan  menjalani kehidupan dengan lebih tenang? \rRazak,Pulau Pinang.\r\n\n\n\n\rALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah. Ada empat perkara  membuat hidup menjadi sukar dan  tertekan. Empat perkara itu adalah:\r\r\n\n\n\n\nPertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.\rAmalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).\rKedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat. \rAllah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka  – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”\rKetiga: Iri hati sesama manusia, muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. \r\n\n\n\nAllah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.” Dalam  hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.” \rKeempat: Berpaling daripada mengingati Allah.\rAllah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta”.\rDemikian empat perkara  disebut  ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup  akan tenang. Wallahua’lam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 1.412818 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list