CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Wenger ramal MU tewaskan Barcelona

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Arsene Wenger akur pesaingnya, Sir Alex Ferguson harus dinobatkan selaku pengurus terbaik, musim ini.\rTambahan pengurus pasukan Arsenal itu meramal Manchester United mampu menewaskan Barcelona dan memenangi Liga Juara-Juara pada final di Wembley, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r  Ini kerana Wenger berpendapat United, yang tewas kepada Barca di Rome dua tahun lalu lebih ‘segar’ dan dia juga merasakan ia akan menjadi pelengkap musim terbaik buat Fergie.\r\r\n\n\n\n\n  Fergie dinamakan sebagai Pengurus Terbaik musim ini kelmarin dan menjadi pilihan dinobatkan sebagai pengurus terbaik Persatuan Pengurus-Pengurus Liga dalam majlis makan malam tahunan di London, Isnin ini. Bahkan, Wenger turut mengundinya.\rWenger berkata mengenai anugerah itu: “Manchester United layak ke final Liga Juara-Juara dan sudah memenangi gelaran (Liga Perdana). Ia (anugerah) itu hanya untuk Ferguson. \r“Dari apa yang saya lihat tiga minggu lalu, tiada detik yang lebih baik selain menang menentang Barcelona.\r“Mereka kelihatan sangat letih dan Manchester United kelihatan lebih baik dari segi fizikal. Saya berpendapat Manchester United mempunyai peluang lebih baik.\r\n\n\n\n\r“Beraksi di Wembley akan memberi mereka kelebihan. Anda tahu Barcelona akan menguasai bola 70 peratus daripada masa permainan, tetapi Manchester United lebih berkesan dan berbahaya walaupun hanya menguasai bola sebanyak 30 peratus.” - Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.560024 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list