View: 117|Reply: 0
|
Khabar Dunia: Fiksyen distopia melanda Barat
[Copy link]
|
|
EDWARD Cullen, Jacob Black dan ahli sihir tiga sekawan dalam Harry Potter boleh terketepi tahun ini. Tiada lagi kisah cinta pontianak, perebutan takhta ahli sihir terhebat dan serigala jadian. \rKetika ini selera remaja Barat semakin mencengkam kepada fiksyen distopia , genre sastera yang meneroka struktur sosial dan politik, meskipun secara.perlahan-lahan.\r\n\n\n\n\rPenulisan genre ini kebanyakannya mengambil latar futuristik dengan gaya lebih ‘gelap’, menakutkan dan penuh kemarahan. Bagaimanapun, genre ini disifatkan lebih dekat dengan pembaca remaja kerana wataknya berusia belasan tahun. Apatah lagi novel dalam genre ini selalunya mempunyai pengakhiran yang menggembirakan.\r\r\n\n\n\n\nDistopia sudah lama wujud. The Time Machine karya HG Wells, Brave New World (Aldous Huxley) dan 1984 (George Orwell) adalah antara novel genre distopia yang dihasilkan sebelum 1950. \rMeskipun dilabelkan sebagai novel gelap dan menakutkan, masih ada kisah cinta, humor dan pengembaraan yang dimuatkan di dalamnya. Unsur futuristik pula tidak menjadikan ia novel sains fiksyen sepenuhnya.\rTrend kegilaan pada distopia untuk zaman ini pula bermula dari novel, The Hunger Games karya Suzanne Collins yang terbit pada 2008. Watak dominan dalam genre ini mengubah selera pembaca. Apatah lagi dengan watak utamanya adalah remaja, pembaca muda ini lebih mudah menghayati dan menjiwai naskhah.\rMungkin kerana terbit pada tahun yang sama dengan Twilight karya Stephine Mayer, kehadiran Hunger Games tidak begitu disedari. Bagaimanapun dengan kadar jualan novel Twilight yang makin menurun dan fenomena Edward Cullen semakin suam-suam kuku, Hunger Games semakin mendapat perhatian, bukan saja oleh pembaca, tetapi dunia perfileman Hollywood.\r\n\n\n\n\rPembikin filem Hollywood, Lionsgate Entertainment baru saja membeli hak bagi mengadaptasi Hunger Games, manakala Ridley Scott pula, menempah hak menerbitkan buku genre yang serupa tulisan Moira Young, Blood Red Road yang akan diterbitkan Jun ini.\rDemam distopia menyaksikan genre itu adalah antara jualan paling laris pada Pesta Buku London dan Pesta Buku Kanak-Kanak di Bologna, Itali, bulan lalu.\rSyarikat penerbitan, Macmillan baru saja melancarkan novel dalam genre ini bertajuk Dark Inside karya penulis Kanada Jeyn Roberts. Novel ini berlatarkan Amerika pada masa hadapan yang hancur akibat gempa bumi.\rKumpulan Peguin juga memperlihatkan minat dalam genre ini dengan penerbitan The Enemy karya Charlie Higson. The Enemy mengisahkan remaja berusia 14 tahun menjadi makanan zombi, manakala Momentum novel Saci Llyod, penulis yang pernah muncul dengan Carbon Diaries mengambil latar London yang berhadapan dengan masalah karbon dioksida.\rFiksyen yang mensasarkan pembaca muda adalah pasaran yang sangat besar di seluruh pelosok dunia. Di Britain misalnya menurut firma penyelidikan pasaran, Nielsen Bookscan, pasaran pembaca mudanya bernilai |
|
|
|
|
|
|
| |
|