CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Surat: Insentif diberi patut dinikmati semua lapisan guru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BERITA baik sempena Hari Guru baru-baru ini membolehkan Penolong Kanan (GPK) dan Pengetua masing-masing menerima kenaikan pangkat Gred DG48 dan DG52.\rJika sebuah sekolah menengah ada 100 guru termasuk GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum dan Pengetua, peluang guru biasa mendapat DG48 cuma tiga peratus dan DG52 hanya satu peratus. Akibatnya majoriti guru kecewa termasuk guru bukan siswazah di sekolah rendah.\r\n\n\n\n\r  Memang benar perkara ini membabitkan soal keupayaan kerajaan, tetapi jika dirundingkan dengan kesatuan guru dan mendapat pandangan semua lapisan guru, pendekatan  lebih adil pasti dapat dicapai.\r\r\n\n\n\n\n  Misalnya guru gred DG41 dengan prestasi cemerlang selepas lima tahun boleh dinaikkan ke Gred DG44 berbanding tempoh 10 tahun sekarang. Lebih banyak gred naik pangkat diwujudkan dan jawatan Guru Cemerlang ditambah supaya lebih ramai guru biasa menikmati Gred DG48 dan DG52.\rMemang benar tugas Pengetua dan GPK berat kerana mereka bertanggungjawab memastikan semua bidang ditadbir dengan cekap agar perjalanan sekolah berkesan untuk menjamin kejayaan murid.\rNamun, guru mendakwa tugas mereka lebih berat kerana bertanggungjawab secara langsung kepada murid dengan mengurus kelas untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan berkesan.\rAda guru menuduh pihak pentadbir hanya tahu merancang, mengarah dan memantau, yang teruk melaksanakan tugas ialah guru. \r\n\n\n\n\rSebenarnya kedua-dua pihak sama penting. Oleh itu, jika ada berita baik, perlu dirasai semua. Kata pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.’\rZIN MARKAM,Pontian, Johor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060375 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list