View: 245|Reply: 0
|
250 calon UPSR ikuti seminar YBR di Serian
[Copy link]
|
|
PEMILIHAN lokasi penganjuran program Seminar Didik Rakyat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Taman Rekreasi Serian, Kota Samarahan Kuching, Sarawak baru-baru ini memberi pengalaman baru kepada lebih 250 pesertanya.\rProgram sehari bermula jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan sesi ceramah mata pelajaran Bahasa Inggeris, diikuti Sains dan Matematik yang disampaikan guru berpengalaman dari Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Seawal jam 7 pagi, murid yang terdiri daripada calon UPSR sudah mula memenuhi perkarangan dewan. Suasana dingin waktu pagi di kawasan peranginan itu meningkatkan semangat murid untuk terus belajar bersungguh-sungguh.\r\r\n\n\n\n\n Majlis perasmian disempurnakan Pengurus Perancangan Aktiviti Yayasan Bank Rakyat, Mohd Mushin Ismail. Hadir sama Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Yunus Apok dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Samarahan, Shawel Mohamad.\rSemua peserta hadir bersama guru pengiring masing-masing menyatakan rasa gembira kerana berpeluang menyertai program yang memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan.\rSeorang peserta, Qurniatul Nazween Akim, berkata dia bangga kerana terpilih untuk turut serta kerana baginya aktiviti sedemikian kurang dianjurkan di kawasannya.\rMurid Sekolah Kebangsaan Serian itu, berkata banyak maklumat tambahan diperoleh sepanjang sehari aktiviti berkenaan berlangsung. Penceramah memberikan tip mengenai strategi belajar dan menjawab soalan berdasarkan skema peperiksaan sebenar.\r\n\n\n\n\rBagi Yansens Magali, pula berkata, aktiviti sebegini dapat menyuntik semangatnya untuk terus belajar memandangkan peperiksaan sudah hampir tiba.\rMurid Sekolah Kebangsaan Rayang itu berkata, pihaknya yakin aktiviti sedemikian memberi peluang peserta untuk terus memperbaiki kelemahan
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|