CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

United lebih mantap tanpa Ronaldo: Alves

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Bek Barca anggap Man U kini lebih berbahaya, berbakat\rBARCELONA: Manchester United kini menjadi sebuah barisan yang lengkap sejak ketiadaan bintang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo pada penghujung musim 2008/09, kata pertahanan Barcelona Daniel Alves.\r\n\n\n\n\rRonaldo berpindah ke Real Madrid dengan rekod yuran perpindahan tertinggi sejurus Barca menewaskan United 2-0 pada final Liga Juara-Juara di Rome dan kelab Catalan itu akan sekali lagi berdepan kelab juara Liga Perdana Inggeris pada final di Wembley, awal pagi Ahad ini.\r\r\n\n\n\n\n\"Pasukan Manchester kali ini lebih sukar dijangka tanpa Cristiano Ronaldo,\" kata Alves pada majlis hari terbuka media di stadium Nou Camp, semalam. \"Anda boleh lihat kini betapa mereka berjaya membina pasukan lebih seimbang, mantap berbanding beberapa tahun lalu,\" kata bintang Brazil itu yang tidak beraksi pada 2009 kerana penggantungan.\r\"Secara keseluruhannya mereka begitu berbahaya dan dipenuhi dengan pemain hebat.\"\rBarca dan United memburu kejuaraan Eropah kali keempat di Wembley, yang akan meletakkan mereka sebaris Ajax Amsterdam dan Bayern Munich serta di belakang Liverpool (5), AC Milan (7) dan Real Madrid (9). Perancang Xavi yang menjadi penggerak Barcelona dengan kawalan dan umpanan yang menjadi kunci kejayaan strategi kelab itu, berkata United dulu tidak menyerang secara terus ketika dibarisi Ronaldo dan lebih gemar membina gerakan dari bahagian tengah padang.\r\"Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan Cristiano Ronaldo tetapi memang benar Manchester bergerak sebagai satu unit, cukup mantap di atas padang,\" katanya.\r\n\n\n\n\r\"Pasukan sekarang lebih gemar mengawal bola dan tidak terus menyerang seperti sebelum ini.\"\rRakan sepasukan Xavi, David Villa, yang memulakan musim pertamanya di Barca dengan baik tetapi bergelut mencari jaringan sejak beberapa bulan lalu berkata, ketiadaan Ronaldo memberikan kebebasan dalam permainan United.\r\"Kini, secara jujurnya, saya percaya anda akan melihat dua pasukan terbaik di Eropah ketika ini.\" - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.201509 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list