View: 115|Reply: 0
|
UKAS sasar laksana projek RM30b tahun ini
[Copy link]
|
|
UNIT Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, menyasar untuk melaksanakan kontrak hingga RM30 bilion melalui pelbagai projek penswastaan sepanjang tahun ini.\rIa adalah peningkatan 67 peratus berbanding RM18 bilion pada tahun lalu yang dicatat pada tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata pihaknya percaya sasaran itu akan dicapai menerusi pelaksanaan beberapa projek pembinaan lebuh raya bertol.\r\r\n\n\n\n\n Antaranya adalah Lebuh raya Pantai Barat, Lebuh raya Guthrie Damansara, Lebuh raya Ampang Cheras dan beberapa lebuh raya lain dirancangkan tahun ini.\r“Selain itu, pembinaan cawangan sekolah perubatan Universiti John Hopkins dari Baltimore, Amerika Syarikat; pembinaan hospital pengajar bagi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta pembinaan asrama dan kampus cawangan beberapa universiti,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Siri Kedua Bengkel PPP di Kuala Lumpur, semalam.\rBengkel dua hari berakhir hari ini anjuran Program Eksekutif Asia (AEP) dengan kerjasama UKAS dan Sekretariat Komanwel (CommSec) itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.\rIa untuk memastikan projek di bawah Perkongsian Awam-Swasta (PPP) mendapat layanan baik dan pembiayaan bank serta mengeratkan kerjasama swasta dan awam.\r\n\n\n\n\rUKAS adalah agensi yang berperanan memastikan swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.\rSementara itu, Nor Mohamed berkata, UKAS yang ditubuhkan pada April 2009 berperanan mewujudkan pelaburan modal RM112 bilion setahun bagi tempoh 10 tahun untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|