CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

PERODUA optimis capai sasaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
  Pemulihan bekalan, model baru dijangka rangsang permintaan kereta\rPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yakin jumlah terkumpul pengeluaran kenderaannya sejak penubuhan pada 1993, mampu melepasi paras dua juta unit menjelang suku keempat tahun ini.  \r\n\n\n\n  \r  Pengeluaran terkumpul kenderaan PERODUA kini sudah mencecah paras 1.8 juta unit sejak beroperasi 18 tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata keyakinan itu disandarkan kepada pemulihan gangguan rantaian bekalan lebih awal daripada jangkaan susulan bencana alam di Jepun. \rKatanya, pertambahan jualan itu bakal disokong tiga model paling popular iaitu Myvi, Alza, Viva dan model baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.\r“Maklumat terkini kami terima dari Jepun amat memberangsangkan yang mana pengeluaran kami akan kembali normal lebih awal daripada jangkaan, iaitu antara Jun dan Julai depan.\r“Kami turut yakin pelancaran model baru nanti akan merangsang permintaan tahun ini,” katanya pada majlis meraikan pentauliahan 20 graduan program reka bentuk kejuruteraan dan prototaip digital (DEP) automotif di Rawang, semalam.\r\n\n\n\n\rHadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari.\rAminar Rashid berkata, pihaknya mengekalkan sasaran jualan 195,000 unit kenderaan tahun ini.\rPERODUA mengekalkan kedudukan teratas untuk lima tahun berturut-turut pada 2010 dengan mencatat rekod jualan 188,600 unit dengan Myvi yang juga berusia lima tahun kekal model terlaris di Malaysia. Ia menguasai 31.2 peratus pasaran pada 2010.\rPersatuan Automotif Malaysian (MAA) menjangka jualan industri automotif negara berkembang 2.1 peratus ke paras tertinggi baru 618,000 unit tahun ini.\rSementara itu, Madani berkata, 12 daripada 20 pelatih program DEP anjuran MAI itu mengadakan latihan praktikal di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua manakala baki dengan di Sipro Plastic Industries Sdn Bhd, Ingress Technologies Sdn Bhd dan Sapura Industrial Bhd.\r“Seramai 300 pereka digital lagi akan dihasilkan tahun ini,” katanya.\rPada majlis sama Mukhriz turut melancarkan Facebook Perodua di facebook.com/MYPerodua dengan ungkapan penarik “Lagi Best”.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044715 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list