View: 163|Reply: 0
|
Untung suku pertama AirAsia RM202.874 juta
[Copy link]
|
|
AIRASIA Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM202.874 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac lalu berbanding RM256.182 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.\rIa dicapai di sebalik peningkatan pendapatan kepada RM1.05 bilion berbanding RM870.605 juta sebelumnya.\r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes, bagaimanapun berkata, margin keuntungan operasi yang meningkat tinggi tahun ke tahun menunjukkan pihaknya mengekalkan kawalan ketat ke atas kos.\r\r\n\n\n\n\n \"Harga bahan api melonjak tinggi, namun ia sesuatu di luar bidang kawalan kita. Tindak balas kami bukannya mengangkat tangan dan mengeluh, namun menggunakan kreativiti untuk menangani isu itu. \r“Kami mencari jalan mengatasi cabaran ini. Dan keputusan suku pertama kami menunjukkan kami berada pada landasan yang tepat,\" katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.\rMengenai lindung nilai bahan api, beliau berkata, pengendali penerbangan tambang rendah itu sudah melindung nilai kira-kira 17 peratus keperluan bahan api untuk separuh kedua setakat tahun ini.\r\"Kami memantau harga minyak dengan rapat dan pada masa yang kami lihat peluang terbuka, kami tidak teragak-agak untuk menambah lindung nilai,\" kata nya. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|