CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Iqra: Armada laut Islam membelah lautan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Judul: Armada Laut Umawiyyah\rPenulis: Sahrulazmi Sidek\rPenerbit: Mazni Irfan Publication\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM29.90 (Semenanjung Malaysia), RM32.90 (Sabah/Sarawak)\r\r\n\n\n\n\nNABI Muhammad SAW sepanjang hidupnya tidak pernah berperang atau menyebarkan dakwah Islam melalui jalan laut. Namun, Rasulullah SAW pernah diisyaratkan oleh Allah bahawa usaha itu pasti berlaku selepas hayatnya. Melalui mimpi, Baginda melihat umatnya belayar di Laut Hijau bagai raja yang duduk di singgahsana.\rPada zaman sahabat juga, mereka masih mempertahankan agenda perluasan kuasa Islam melalui jalan darat. Permohonan Muawiyah untuk membangun armada laut ditolak oleh Umar al-Khatab kerana bimbang pada tahap persediaan tentera laut Islam.\rAntara faktor dibimbangkan ialah keselamatan nyawa tentera Islam kerana mereka tidak pernah berperang di laut dan kapal laut Islam masih terlalu baru.\rBagaimanapun selepas dua tahun pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Muawiyah menulis surat untuk meminta izin membuka Pulau Cyprus yang dianggap sebagai ‘Kunci kepada Syam’ merealisasikan hasrat membawa armada laut Islam merentas Laut Mediterranean.\r\n\n\n\n\rSemua kisah itu dapat dibaca dalam buku Armada Laut Umawiyyah Panahan Yang Membelah Api Greek karya Sahrulazmi Sidek. Buku yang asalnya tesis sarjana  diolah untuk menjadi novel yang diterbitkan dalam genre pop tesis.\rBuku ini membuktikan kehebatan umat Islam secara amnya dan kerajaan Umawiyah khasnya. Inilah juga antara bukti kehebatan 100 tahun pertama Islam yang wajar diketahui setiap umat Islam.\rKajian yang membincangkan sejarah perluasan kuasa Islam pada zaman pemerintahan kerajaan Umawiyyah di Kepulauan Laut Mediterranean meninjau beberapa aspek termasuk sejarah kerajaan Umawiyyah, ketenteraan dan perkapalan.\rBuku terbahagi kepada tujuh bahagian itu dimulakan dengan sejarah usaha penyebaran Islam diikuti memahami Laut Mediterranean dengan lebih jelas antaranya keistimewaannya yang tiada ombak dan tiada pasang surut.\rPenekanan turut diberi kepada kesungguhan Umawiyyah, panglima hebat di darat dan lautan yang meletakkan azam serta tekad membawa armada laut Islam membelah lautan demi mempertahankan tanah air dan menyebarkan Islam melalui perluasan kuasa.\rMenyusuri sejarah kehebatan Umawwiyah bukan sekadar membawa kita mengetahui asal usul armada laut Islam, yang penting ialah menilai di sebalik kehebatan umat Islam meneroka perkara baru kemudian menguasainya.\rIni bukti jelas umat Islam mampu berjaya dengan syarat ada kemahuan, tekad serta semangat, tidak kira dalam lapangan apa yang diceburi atau ingin diterokai.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.035013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list