CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

Gesekan 'maut' biola Mahad

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DI sebalik perasaan sebak seniman Pahang, Mahad Husain, sehingga tidak dapat berkata-kata pada Malam Senandung Semalam di Kuantan, baru-baru ini, ucapan itu terluah lewat gesekan biola yang lincah.\rKelincahan gesekan biola dengan lagu Makan Sirih dan Joget Pahang itu dipersembahkan di hadapan kira-kira 50 khalayak di laman Galeri Seni Warisan (GSW).\r\n\n\n\n\rMahad yang mencipta nama sebagai Naib Juara Bakat TV pada 1974, dianugerahkan Seniman Sepanjang Zaman, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan keris.\r\r\n\n\n\n\nPenerbit Malam Senandung Semalam, Syed Indera Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso, berkata anugerah itu diberikan kerana bakat dan jasanya yang menjulang nama negeri kelahirannya dalam bidang seni.\r“Pada tahun itu, beliau bukan saja mencipta sejarah peribadi yang amat tinggi apabila memenangi pertandingan berkenaan, bahkan mencatat sejarah negeri terbabit.\r“Beliau kerap membuat persembahan di Kuantan terutama Istana Pahang tetapi selepas sekian lama merantau, beliau kembali ke Salong untuk mencurahkan pengalaman kepada generasi muda,” katanya ketika membacakan biografi Mahad.\rAnugerah diberikan oleh Penaung GSW yang juga mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju, pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Datuk Johan Jaaffar.\r\n\n\n\n\rMahad dilahirkan di Kampung Salong, Penyor, Pekan, pada 1928, sebelum mengikuti Bangsawan Joget Cik Man sebagai pemain gong ketika berusia 18 tahun.\rBagaimanapun, tempat itu diambil kembali oleh pemain yang asal sehingga Mahad diberikan tugas baru sebagai penggesek biola yang sebenarnya membuka laluan baru kepadanya untuk mencipta nama.\rPembabitannya dengan kumpulan bangsawan itu, memberi peluang kepada Mahad untuk merantau ke pelosok tanah air dari Terengganu sehingga Perlis selama lapan tahun.\rSelepas menyertai bangsawan itu, beliau mencuba nasib pada pertandingan Bakat TV pada 1974 yang kemudian mencatat sejarah yang manis kepadanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.408281 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list