View: 142|Reply: 0
|
Mewah Bahasa: Redang sepilai
[Copy link]
|
|
SEORANG bapa berbual dengan anak lelakinya yang berusia lima belas tahun...\rBapa: Cuti sekolah ni ayah dah ambil cuti seminggu.\r\n\n\n\n\rAnak: Seminggu? Kita nak gi bercuti ke??\r\r\n\n\n\n\nBapa: Ha laa …. Mak pun ambil seminggu gak.\rAnak: Kita nak gi mana? Singapore?? … Hong Kong pun syok juga, boleh masuk Disneyland …..\rBapa: Disneyland Hong Kong tak syoklah!! Yang original kat US tu yang best! Hehehe ….\rAnak: Ya lah!! Ayah cakap aje best, tapi tak pernah bawa pergi pun ….\r\n\n\n\n\rBapa: Kan tahun lepas kita dah pergi masuk Universal Studio kat Singapore?!\rAnak: Itu Singapore … ayah selalu cerita pasal Disneyland, nak merasa pergi Disneyland!!\rBapa: Tempat kita nak pergi ni lebih special dari Disneyland tau!! Disneyland yang tiru tempat ni!!\rAnak: Pergi mana? Pergi mana? Mesti best ni!!\rBapa: Kita balik kampung!!\rAnak: Balik kampung?! Alaa … boringlah!! Ingatkan nak pergi manalah yang seronok sangat tu …. Kenapa sampai seminggu?? Lama sangatlah ....\rBapa: Kali ni lain ....\rAnak: Lain?? Kita nak balik kampung yang lain ke?? Kat mana??\rBapa: Bukan kampung lain … rumah atuk dengan nenek tu lah! Tapi kali ini kita buat aktiviti adventure sikit, macam ayah masa zaman budak-budak dulu.\rAnak: Adventure??\rBapa: A’ ha … selalunya kita balik kampung sehari atau dua hari aje. Duduk rumah aje tak ada pergi mana-mana.\rAnak: Betul tu … itu yang boringnya balik kampung tu! Duduk rumah tengok TV je, line internet tak ada, line handphone pulak tenggelam timbul.\rBapa: Tapi kali ni Min mesti suka punya, kita duduk lama sikit kat kampung dan buat aktiviti.\rAnak: Aktiviti apa yang kita boleh buat kat sana?? Tengok suasana hidup kat kampung tu boring je ….\rBapa: Macam-macam aktiviti boleh buat … macam summer camp tu.\rAnak: Ada juga kawan-kawan Min yang pergi summer camp masa cuti sekolah ni nanti. Min rasa teringin juga nak pergi!\rBapa: Tu yang lucunya ….\rAnak: Lucu??\rBapa: Yalah! .... summer camp kat Malaysia?! Di Malaysia ni sepanjang tahun summer, kita bukan ada empat musim macam tempat orang putih tu.\rAnak: Ha ha ha … betul gak tu!! Macam mana dia orang boleh panggil summer camp yek?!\rBapa: Hehehe … tak tau le.\rAnak: Cakaplah! Cakaplah!\rBapa: Cakap apa?\rAnak: Program kita kat kampung yang ayah kata seronok sangat tu .…\rBapa: Ooo … lupa pulak! Hehehe .… Nanti ayah bawa Min mandi sungai, boleh terjun macam Tarzan, menyuluh ayam hutan, mendekut wak-wak dan pergi redang cari sepilai! Amacam?? Best tak bunyinya??\rAnak: Bunyi macam best, tapi kedekut wak-wak tu apa??\rBapa: Bukan kedekutlah, tapi mendekut ...kita pergi tangkap burung wak-wak!!\rAnak: Tangkap burung? Wosh!! Best tu!!\rBapa: Kita gi tangkap sepelai kat redang ….\rAnak: Burung juga ke??\rBapa: Dak aih!! Sepelai tu ikan … ikan lawan, ikan pelaga!! Banyak kat dalam redang ….\rAnak: Dalam redang?? Apa tu??\rBapa: Redang tu paya … tapi paya yang luas. Ada banyak ikan kat situ, usahkan ikan … sawa rendam pun ada!! Nanti kita bawa sauk kat situ, jalan tepi redang tu dan bila nampak ada buih halus kat dalam air, itu tanda ada sepilai jantanlah kat bawah buih tu … kita sauklah.\rAnak: Buat apa sepilai tu?\rBapa: Kita bela dalam balang, ikannya cantik dan boleh dilagakan, seronok tau, lebih seronok daripada main game komputer!!\rAnak: Isy!! Tentu seronok ni … tak sabar nak tunggu cuti sekolah!!\rBapa: Ok … balik kampung ni ayah akan pastikan Min akan dapat pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sepanjang hayat … kita jadi kampung boy!! Heheheh ....\rGlossary\rSepilai - ikan pelaga, ikan lawan (betta splendens)\rMendekut - mengeluarkan bunyi tertentu untuk memikat burung\rRedang - paya yang dalam\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|