View: 97|Reply: 0
|
Owen cari 'gol besar' terakhir
[Copy link]
|
|
Bekas penyerang England mahu ulangi jaringan cantik 13 tahun lalu\rMANCHESTER: Michael Owen me?nandakan ke?mun?culannya di pentas bola sepak dunia dengan gera璳an solo yang menjelmakan gol cantik pada Piala Dunia 1998.\r\n\n\n\n\rKini penyerang Manchester United itu berharap \'gol besar\' begitu berulang apabila pasukannya berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Wembley, awal pagi Ahad ini.\r\r\n\n\n\n\nKini sudah 13 tahun sejak Owen yang ketika itu baru berusia 18 tahun menyelinap di celah-celah pertahanan kental Argentina untuk meledak gol yang jauh lebih matang berbanding usianya.\rPerubahan masa dan rekod kecederaan berterusan membantutkan kepantasan serta kelicikan Owen yang pernah menghancurkan hati seluruh peminat Argentina, tetapi pemain 31 tahun itu membuktikan naluri jaringannya masih tajam ketika meledak gol keempat United ketika menang 4-2 ke atas Blackpool hujung minggu lalu.\rWalaupun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama pada pertemuan final Liga Juara-Juara menentang Barcelona, bekas penyerang Liverpool dan England itu berharap dia masih mempunyai tempat sekiranya diperlukan.\rOwen kekal realistik dengan peluangnya mengulangi jari璶gan menakjubkan di gelanggang St-Etienne lalu dengan satu lagi jaringan penting Ahad ini.\r\n\n\n\n\r\"Saya mahu mendapatkan jaringan penting. Tetapi pertama sekali saya perlu berada di bangku simpanan sebelum berada di atas padang,\" kata Owen di kompleks latihan United, semalam.\r\"Ada skuad yang bagus, jadi kita tunggu dan lihat. Tetapi jika berada di bangku simpanan dan dibawa masuk, itulah yang mahu saya lakukan.\" - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|