CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Gunung berapi berhenti meletus

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Jerman tutup dua lapangan terbang akibat debu\rBERLIN: Kepulan awan debu akibat letusan gunung berapi  Grimsvotn di Iceland, merebak ke utara Jerman semalam menyebabkan beberapa lapangan terbang dari Hamburg ke Berlin terpaksa ditutup  ketika laporan terbaru menyatakan gunung itu mula berhenti meletus.\r\n\n\n\n\rAwan debu akibat letusan gunung berapi ini yang kedua dari  Iceland, kurang setahun selepas letusan gunung berapi Eyjafjallaj鰇ull menjejaskan laluan udara Eropah. Pengawal lalu lintas udara berkata, kira-kira 700 penerbangan dibatalkan di seluruh Jerman semalam.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, pakar geologi di Iceland berkata aktiviti gunung berapi itu dilihat sudah berakhir sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, manakala kepulan debu juga semakin berkurangan.\r“Tiada lagi aktiviti gunung berapi Grimsvotn, sejak jam 2 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan ia sudah berakhir sepenuhnya,” kata penyelidik di pejabat Meteorologi Iceland, Sigthrudur Armannsdottir.\rGangguan lalu lintas udara di Jerman tidak menjejaskan Frankfurt dan Munich semalam tetapi penerbangan terbesar negara itu Lufthansa menjangka sekurang-kurangnya 150 penerbangan dari bandaraya itu akan dibatalkan.\rDi bandaraya kedua terbesar Jerman, Hamburg, tiada pesawat dibenarkan mendarat atau berlepas pada jam 6 pagi, tetapi operasi dijangka pulih semula menjelang tengah hari.\r\n\n\n\n\rDi Bremen, lalu lintas udara dihentikan sejak jam 5 pagi dan semua penerbangan dibatalkan hingga kira-kira jam 4 petang. Dua lagi lapangan terbang di Berlin, Tegel dan Schoenefeld ditutup pada jam 11 pagi berikutan kebimbangan awan debu mungkin menyebabkan kerosakan enjin. Bagaimanapun pegawai berkata operasi pulih kira-kira jam 2 petang.\rGrimsvotn, gunung berapi paling aktif di Iceland mula meletus Sabtu lalu dan memuntahkan awan debu sehingga setinggi kira-kira 20 kilometer ke udara, paling aktif dalam tempoh kira-kira satu abad.\rKira-kira setahun lalu, letusan gunung berapi Eyjafjallaj鰇ull, menyebabkan \rlebih 100,000 penerbangan terpaksa dibatalkan, menjejaskan lebih lapan juta penumpang dan yang paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.244808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list