|
MADRID: Final Liga Juara-Juara Eropah, esok akan menemukan watak muda Barcelona yang menikmati kejayaan menakjubkan dalam tempoh singkat dengan kuda tua berpengalaman yang melalui permulaan teruk sebelum menjadi pengurus Britain paling berjaya.\rBekas pemain tengah Barca, Josep \"Pep\" Guardiola, 40, mengambil alih sebagai jurulatih pada Jun 2008, mengemudi kelab itu ke trebel Liga Sepanyol, piala domestik dan Liga Juara-Juara Eropah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada musim pertamanya.\r\n\n\n\n\rPasukannya yang dijulang semua, mengatasi United bimbingan Alex Ferguson 2-0 pada final kejohanan kelab elit Eropah pada 2009, selepas itu memenangi dua lagi gelaran Sepanyol, termasuk Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia.\r\r\n\n\n\n\nGuardiola meraih status sebagai wira kelab Barcelona ketika masih beraksi sebagai kelab dan persembahannya sebagai jurulatih meletakkannya di kedudukan stabil di negara yang menyaksikan kelab mengambil dan memecat jurulatih dengan begitu kerap.- Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|