View: 186|Reply: 0
|
DRB-Hicom catat untung sebelum cukai RM701.5j
[Copy link]
|
|
DRB-Hicom Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM701.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 6.6 peratus berbanding RM657.9 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya.\rPencapaian itu didorong pemerolehan pendapatan sebanyak RM6.8 bilion, meningkat 7.8 peratus berbanding RM6.31 juta pada tahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, kumpulan itu mencatat keuntungan bersih RM472.47 juta, hampir menyamai RM472.3 juta yang diraih pada tahun sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n Bagi suku keempat berakhir 31 Mac lalu, DRB-Hicom mencatat keuntungan sebelum cukai RM134.6 juta, susut berbanding RM318.8 juta. \rPrestasi itu diraih di sebalik peningkatan pendapatan kepada RM1.998 bilion berbanding RM1.59 bilion dicatat pada tempoh sama tahun sebelumnya.\rDalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata pencapaian bagi tahun berkenaan dijana daripada prestasi baik bahagian automotif dan sektor perkhidmatan.\rKedua-dua sektor itu masing-masing menyumbang 59 peratus dan 39 peratus kepada pendapatannya.\r\n\n\n\n\rSelaras itu juga, kumpulan itu mengumumkan pembayaran dividen kasar keseluruhan sebanyak enam sen sesaham bagi tahun kewangan itu, lebih tinggi berbanding empat sen sesaham pada tahun sebelumnya.\rMengulas perkembangan itu, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata kumpulan telah mengadakan beberapa inisiatif strategik dijangka mampu menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada tempoh akan datang.\r“Kumpulan akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos secara berhemah dan kecekapan operasi bagi mengekang sebarang kenaikan kos di sebalik ketidaktentuan persekitaran ekonomi global,” katanya.\rKatanya, Kumpulan juga yakin untuk merekodkan prestasi baik bagi tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac 2012.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|