CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Galeri: Koleksi tetap Galeri RA Fine Arts

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dari lukisan, kolaj dan seni digital hingga seni tekstil\rKOLEKSI Tetap Galeri RA Fine Arts membawakan himpunan karya seni lukis, kolaj dan seni digital oleh penggiat seni tempatan dan luar negara yang menghantar mesej sarat dengan maksud tersirat untuk diterjemahkan oleh pengunjung.\r\n\n\n\n\rIni boleh dilihat pada The Sunday Times karya Amir Zainorin yang menggabungkan unsur tradisional dan moden melalui gambar raja sedang duduk sebaris, manakala maskot makanan segera yang berada di tengah mereka membaca akhbar The Sunday Times.\r\r\n\n\n\n\nWarna hitam putih pada seni digital itu menyuntik unsur nostalgia tetapi berbeza dengan maskot terbabit kerana menggunakan warna kuning dan merah, sekali gus mengundang pelbagai tafsiran oleh pengunjung.\rDua karya Amir lain juga tidak terlepas daripada elemen sejarah apabila menampilkan dua tokoh pada zaman sebelum merdeka, iaitu Shamsiah Fakeh dan Ahmad Boestamam menerusi siri Setem.\rTwo Malay Woman karya Allahyarham Redza Piyadasa tidak kurang hebatnya apabila menyampaikan idea menerusi teknik kolaj dan media campuran, selain menampilkan dua wanita dalam busana bangsawan Melayu yang lengkap.\rSesiapa yang melihat lukisan itu tentunya terpesona dengan kreativiti yang ditampilkan kerana corak batik di bahagian atas dan bawah lukisan berkenaan menjadikannya tampak kontemporari selain menggunakan paduan warna yang menarik.\r\n\n\n\n\rSelain karya seni visual yang menjadi kebanggaan, seni tekstil juga antara koleksi menarik yang menjadi sebahagian karya seni untuk tatapan pengunjung yang menghimpunkan koleksi dari Indonesia dan tanah air.\r“Walaupun tekstil bukan koleksi utama di galeri ini, tetapi ia adalah koleksi penting untuk dipamerkan dan diketengahkan kepada pengunjung,” kata Raja Ahmad Aminullah atau dipanggil Pak Engku.\rPengarah dan pemilik RA Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah berkata, galeri itu turut menampilkan koleksi tetap baju kebaya tradisional dari kain kapas berwarna ungu bersulamkan benang emas yang sukar ditemui sekarang. Walaupun busana itu sudah berusia, tetapi keadaannya masih baik dan tersimpan rapi dalam bingkai kaca untuk tatapan  generasi hari ini.\rBatik Sarung atau batik pesisir adalah antara koleksi yang membawa pengunjung untuk melihat keunikan motif batik dan  penghasilan seni batik pada kaca mata masyarakat asing.\r“Motifnya amat berbeza daripada batik yang dihasilkan oleh penduduk tempatan kerana mereka menggunakan unta, pahlawan dan khemah kain berwarna merah yang menggambarkan budaya masyarakat luar.\r“Bagaimanapun, punca atau kepala kain batik masih mengekalkan motif tempatan seperti flora dan alam, cuma corak di satu bahagian saja berlainan,” katanya.\rBeliau berkata, batik itu hasil karya isteri pembesar Belanda sewaktu pendudukan Belanda di Indonesia yang dihasilkan pada sekitar tahun 1920-an atau 1930-an di Pantai Utara Jawa.\r“Isteri pembesar Belanda dulu melukis batik sebagai satu cara menghilangkan kebosanan memandangkan mereka ditinggalkan suami mereka sendirian di rumah,” katanya.\rAntara koleksi tekstil lain ialah songket penuh tenun tangan dari Pantai Timur Malaysia; kain Limar (Palembang); selendang yang ditenun bersulamkan timah (Sumatera Selatan) dan songket endek bermotifkan wayang kulit (Bali).\rRaja Ahmad Aminullah berkata, warna untuk tekstil diperbuat daripada bahan alami seperti kunyit untuk warna kuning tetapi pakar dalam bidang itu boleh dikatakan sudah pupus kecuali beberapa kawasan seperti Jambi di Indonesia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051005 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list