CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

The Red Warriors tetap hormat penampilan Pahang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KELANTAN yang akan melayan kunjungan Pahang, malam ini tetap menghormati lawan walaupun pasukan bawah bimbingan Dollah Salleh itu dibelasah Terengganu, 5-0, pada perlawanan Rabu lalu.\rBarisan The Red Warriors itu perlu menang di stadium keramatnya, Sultan Muhammad Ke-IV bagi memulihkan kembali maruah tercalar di hadapan penonton sendiri selepas diaibkan T-Team, yang menang tipis, 2-1.\r\n\n\n\n\r  Rekod menunjukkan Kelantan tewas 0-2 kepada Pahang pada pusingan pertama Liga Super di gelanggang lawan dan malam ini tiada lagi istilah kalah dalam kamus Kelantan bagi memastikan tidak terus tergelincir sekali gus meranapkan harapan menguasai takhta liga.\r\r\n\n\n\n\n  Pemain muda Kelantan, Izuan Salahuddin, yang kini sudah mendapat kepercayaan ketua jurulatih,  Datuk M Karathu, yakin Kelantan mampu mencipta kemenangan selepas mendapat suntikan baru akibat tewas, Rabu lalu.\r“Saya akui masih lagi baru dalam pasukan Kelantan, namun tuah tidak akan datang bergolek begitu saja dan akan terus berusaha membaiki kelemahan diri dengan memberi kemenangan kepada Kelantan, esok (malam ini).\r“Misi malam ini sudah tentu mengutip tiga mata untuk terus berada dalam kelompok teratas dan saya akan buktikan Kelantan tetap pasukan harus disegani,” kata pemain skuad Piala Presiden Kelantan itu.\rDia turut mengharapkan rakan sepasukan lebih berpengalaman seperti Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mampu memberi semangat kepada pemain lain dengan menjaringkan gol pertama  Kelantan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.176405 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list