CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Kempen budi bahasa agenda utama 2020

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DILIHAT daripada kelakuan dan sikap sebilangan besar rakyat Malaysia, saya mempunyai kesangsian mengenai keberkesanan usaha diambil setakat ini untuk mempromosikan pengamalan kempen budi bahasa di kalangan rakyat. \rSaya ingin menegaskan betapa pentingnya rakyat Malaysia berbilang kaum memperbaharui usaha gigih dalam menjayakan amalan budi bahasa dan nilai murni. \r\n\n\n\n\r Promosi dan pengamalan ini dirasakan perlu berdasarkan kemerosotan nilai murni dan kurangnya budi bahasa di kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda. \r\r\n\n\n\n\n Kebanyakan pelajar sekolah hari ini tidak bersedia untuk mengucapkan ungkapan terima kasih apabila menerima sesuatu yang diberikan kepada mereka. Bahkan banyak yang nampaknya tidak menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka. \rContohnya, saya pernah menghadiri beberapa majlis penyampaian sijil atau anugerah kepada pelajar sebagai menghargai pencapaian akademik mereka. Mereka menerima anugerah dan pergi begitu saja tanpa mengucapkan terima kasih. \rSifat kebiadaban dan tidak berbudi bahasa di kalangan rakyat dapat dilihat daripada cara mereka berkelakuan di tempat awam dan juga di jalan raya. \rSikap tidak bertimbang rasa ialah satu perkara yang biasa dapat dilihat daripada cara pemanduan dan cara meletak kereta di jalan raya, memandu ke dalam kawasan kotak kuning; membuang sampah di tempat awam; merosakkan harta awam dan tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan. \r\n\n\n\n\rIsu lain juga termasuk bercakap secara kasar dengan pelanggan, merokok di kawasan larangan merokok, meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk untuk warga tua, kurang upaya dan juga wanita hamil. Ada juga banyak isu lain yang boleh disenaraikan dan hal ini  berlarutan. \rAdalah tepat pada masa bagi rakyat untuk menangani isu ini dan bertanyakan pada diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai murni berkenaan.\rKempen peningkatan budi bahasa dan nilai murni di kalangan rakyat patut diberi keutamaan dan dijadikan agenda utama negara semasa kita melangkah ke hadapan  menjadi negara maju menjelang 2020. \rPembangunan negara tidak wajar hanya membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu, tetapi perlu seiring dengan pembangunan moral, nilai murni dan budi pekerti tinggi. \rTAN SRI LEE LAM THYE,\rKuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.084361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list