CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Persoalan Agama: Kekuatan iman dapat disiplinkan diri taat setiap suruhan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Soalan:\rASSALAMUALAIKUM. Ustaz, saya mempunyai kawan  yang sehingga kini tidak mahu menutup aurat. Ada juga yang memakai tudung tapi berpakaian ketat. Bagaimana cara terbaik untuk saya menasihati mereka? \r\n\n\n\n\rMuna,\r Selangor.\r\n\n\n\n\n \rJawapan:\rALHAMDULILLAH wassolltu-wassalam ‘ala rasulillah waba’d.\rAllah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan  yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...”\rAyat ini jelas menerangkan kewajipan menutup aurat bermula usia baligh. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya: \"Ketika kami bersama ‘Aisha RA, kami menyebut mengenai kelebihan  wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) …dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita  yang bertudung bersama Rasulullah SAW, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.” \r\n\n\n\n\rLihatlah bagaimana  wanita Ansar, apabila turunnya perintah menutup aurat, mereka terus melaksanakannya semata-mata mahukan keredaan Allah SWT. Namun banyak kita menyaksikan wanita masa kini yang berpakaian menampakkan aurat, bahkan ada yang seperti bertelanjang. Akibatnya tentu saja buruk. \rMengenai pertanyaan saudari,  wanita seperti itu seharusnya dinasihati dengan bijaksana, halus dan menyenangkan. Bukan dengan cara emosional. Yang paling penting diselamatkan dulu batin, jiwa dan nafsunya. Ditanam rasa iman ke dalam jiwa. Selepas kuat imannya, dia sendiri akan mencari perlindungan daripada godaan syaitan. \rJadi, ciptakan dulu ketenangan dalam batinnya, sesudah itu akan lahir iman dari dalam jiwanya sehingga mewujudkan penampilan lahiriah kesan dari iman itu. Keimanan batin hendaklah diberi keutamaan agar ia dapat tunduk untuk melaksanakan Islam. Ketika itu bukan saja ia akan menutup aurat, bahkan akhlak, budi pekerti dan tingkah lakunya akan menjadi baik.\rSebenarnya tuntutan syariat bagi kaum wanita seperti menutup aurat akan lebih memelihara keharmonian rumah tangga, menjaga ketenangan dan keharmonian masyarakat. Pemuda dan pemudi hakikatnya sama-sama mempunyai nafsu dan daya tarikan. Kerana itu, Islam memerintahkan wanita menutup tubuh yang boleh  menimbulkan rangsangan bagi lelaki seterusnya dapat mencegah pandangan bebas lelaki. \rHasrat dan keinginan wanita untuk memiliki pasangan tidak dapat dielakkan apabila melihat lelaki yang bertubuh sasa dan gagah. Tetapi pendidikan agamanya yang memaksa menahan nafsu  sehingga menekan dan menahan daya tarikan berkenaan. Kalau tidak mempunyai penahan, maka mudah saja hasrat dan keinginan lelaki yang akan tertarik bergabung bersama nafsu wanita, kemudian timbullah hubungan bebas. \rDemikianlah, wallahua’lam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.123921 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list