CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Penembak negara masih tandus idea

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PENEMBAK negara masih ketandusan idea dalam kejohanan sirkit kebangsaan Trofi Presiden Ally TH Ong yang melabuhkan tirai di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, semalam.\rSirkit kebangsaan yang disertai penembak elit, pelapis dan penembak negeri gabungan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) masih gagal mencipta sebarang rekod baru, malah penembak Program Road To London seperti Nur Suryani Mohd Taibi, Hasli Izwan Amir Hassan, Bibiana Ng Pei Chin, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Hafiz Adzha yang mengharungi kejohanan piala dunia ISSF dan terbaru di Fort Banning, Amerika, masih terkial-kial mencari sasaran.\r\n\n\n\n\r   Semalam, seperti tiga hari sebelumnya, suasana muram terus menyelubungi lapang sasar kebangsaan tanpa sebarang rekod baru dalam tiga acara yang dipertandingkan kecuali aksi Nur Suryani, Nur Ayuni, Shahera Rahim Raja dan Muslifah Zulkifli dalam acara 10 meter raifal angin.\r\r\n\n\n\n\n   Nur Suryani yang pernah meraih perak piala dunia ISSF Sydney, Australia tahun lalu mencatat 396 mata pada peringkat kelayakan, kurang dua mata untuk menyamakan rekod kebangsaan 399 mata yang dicipta Muslifah pada 2004.\rDia yang mewakili ATM tercicir 2.9 mata untuk menyamakan rekod saingan akhir apabila mengumpul 497.6 mata berbanding rekod kebangsaan Shahera 500.5 mata pada 2007.\rNur Ayuni yang mewakili Pahang dan Shahera (ATM) yang akan mengiringi Nur Suryani ke Munich, meraih perak dengan 394 (496.8 mata) manakala Shahera memenangi gangsa dengan 392 (494.0 mata).\rDalam acara 25 meter pistol wanita, Norerffani Abdul Malick dari Pahang meraih emas dengan catatan 569 mata dalam saingan kelayakan dan 773.0 pada saingan akhir, mengetepikan pemegang rekod kebangsaan Bibiana Ng dan Siti Nur Masitah Mohd Badrin.\r\n\n\n\n\rTentera merangkul 14 emas, empat perak dan tujuh gangsa untuk muncul juara keseluruhan dan mempertahankan kejuaraan tahun lalu, diikuti Polis (4-4-7) dan Perak (2-3-0).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033756 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list