View: 182|Reply: 0
|
Atlit tempatan tunjuk gah di Melaka
[Copy link]
|
|
ATLIT tempatan mempamer dominasi penuh apabila menguasai empat kategori umur dalam kejohanan Triatlon Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2011 di Pantai Puteri, Melaka, semalam.\rSaingan kejohanan anjuran bersama kerajaan negeri melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan ATM itu membabitkan acara renang 1.5 kilometer (km), berbasikal 40km dan berlari 10km.\r\n\n\n\n\r Atlit negara, Mohd Zuhar Ismail, mengungguli kategori lelaki 16 hingga 29 tahun dengan masa 2 jam 12.38 saat, meninggalkan pencabar terdekat, Mohd Zafrullah Mohd Noor (2:15.10s) manakala tempat ketiga dimenangi atlit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Lim Syimri (2:16.50s).\r\r\n\n\n\n\n Kategori lelaki 30 hingga 39 tahun dimenangi wakil ATM, Mohamad Allie Helmy Sabtu dengan masa 2:18.13s, diikuti Mohd Amran Abd Ghani (2:18.55s) dan Muhamad Hafiz Wong Abdullah (2:21.04s).\rJuara kategori lelaki 40 tahun turut dikuasai peserta negara, Muhamad Razani Husain yang mencatat 2:20.53s, menewaskan Richard Tang (2:31.35s) dan Niphon Suwan dari Thailand (2:35.42s).\rBagi kategori wanita 35 tahun ke atas pula, ketiga-tiga tempat teratas didominasi peserta negara dengan Wendy Wong muncul pemenang selepas menewaskan Siti Hasliza Md Shah dan Ng Joo Tcong.\rHanya peserta wanita Singapura, Choo Ling Er yang mencatat masa 2:34.00s memenangi kategori wanita 16 hingga 34 tahun apabila menewaskan Jacklyn Diana Andrew (TLDM) yang mencatat 3:01.33s dan Ng Ai Ling (3:01.42s).\r\n\n\n\n\rPemenang tempat pertama setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500, diikuti RM400 bagi pemenang kedua dan RM300 bagi tempat ketiga, selain pingat dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Abd Kadir Md Idris.\rKejohanan kali ketiga itu turut disertai peserta luar negara seperti Thailand, Sepanyol, Singapura, Britain, Switzerland dan Jerman.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|