View: 237|Reply: 0
|
Jom labur di MerdekaReview untuk melakar masa depan!
[Copy link]
|
|
Sokongan dan galakan yang memberangsangkan daripada pembaca berjaya melanjutkan hayat MerdekaReview, yang pada asalnya dijangka tamat pada hujung Mei 2011. Pasukan editorial MerdekaReview, yang terharu dan teruja dengan sokongan pembaca, bertekad untuk meneruskan perjuangan dalam dunia kewartawanan.Untuk memastikan agar institusi media ini mampu mengekalkan operasinya untuk jangka panjang, kami telah menyediakan proposal pelan pelaburan. Setakat ini proposal kami telah meyakinkan seorang pelabur untuk menyuntik dana kepada MerdekaReview, dan kami masih mencari empat orang lagi pelabur untuk bersama menerokai masa depan media internet.MerdekaReview bakal beroperasi dengan model perniagaan, dengan majoriti saham dipegang oleh pasukan editorial - untuk memastikan agar prinsip autonomi editorial tidak dicabuli. Saham yang selebihnya akan dipegang oleh pelabur yang turut berkongsi idealisme MerdekaReview, dan sudi membangunkan media internet bersama kami.Kami yakin bahawa media internet bakal menjadi trend pembangunan pada masa depan. Menurut soal selidik Nielsen Mobile Insights, kadar penggunaan internet di Malaysia mencecah 41%, bertambah 25% berbanding tahun lalu. Melayari berita tempatan (34%) menjadi antara tiga aktiviti utama pelayar internet di Malaysia, selain kegiatan di laman sosial (71%) dan hubungan telekomunikasi (35%).Selain itu, menurut kajian Carat Media Services, iklan di internet (Malaysia) telah mengalami pertumbuhan setinggi 55%, dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun 2011, berbanding dengan perusahaan lain yang hanya mengalami pertumbuhan 22%.MerdekaReview yang dilancarkan pada 31 Ogos 2005 adalah antara pelopor media internet bahasa Cina di tanahair Malaysia. Selepas enam tahun berada dalam dunia media internet, MerdekaReview menjadi jenama yang disanjung tinggi. Malah, nama MerdekaReview sudah tidak asing untuk mereka yang juga berada dalam bidang media internet di China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Kandungan maklumat MerdekaReview telah menjadi rujukan banyak pihak, dan telah memiliki kredibiliti sendiri dalam masyarakat.Pengumuman berita bahawa MerdekaReview bakal menamatkan operasi menjadi tumpuan media tempatan dan asing. Bernama, eTV, Malaysiakini, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Straits Time (Singapura), dan media independen di Taiwan, Hong Kong dan sebagainya telah memberi liputan untuk khabar ini.MerdekaReview kini ditunjangi sepasukan anggota (11 orang) yang muda, bersemangat, beridealisme dan berpengalaman. Kami memberi liputan untuk pelbagai isu, malah sentiasa menyiarkan analisa yang kritis lagi mendalam, dan merangkumi pandangan akademik.MerdekaReview yang bakal memasuki tahun keenam telah mencapai prestasi yang terserlah. Lawatan (visit) ke laman MerdekaReview (edisi bahasa Cina) telah bertambah sebanyak 228.57% dalam masa setahun, dengan purata kira-kira sejuta lawatan (visit) sebulan. Untuk MerdekaReview (edisi bahasa Malaysia), yang belum genap dua tahun ditubuhkan, lawatan (visit) tahunan telah bertambah 221.88% berbanding tahun lalu, dengan 441,845 lawatan (visit).Kami juga berharap agar pembaca menyokong MerdekaReview dalam tempoh enam bulan ini, sementara kita menemui pelabur baru untuk memulakan model baru kita. Pelabur yang berminat dengan pelan pelaburan kami boleh menghubungi 03-7960 1831 (En. Neo Chee Hua) atau email kepada [email protected], [email protected] yang ingin menghulurkan bantuan untuk jangka pendek boleh menderma melalui akaun bank berikut:Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)Sekali lagi MerdekaReview mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang pembaca menyokong MerdekaReview selama ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|