CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Mukmin cinta ilmu pengetahuan dipermudah laluan ke syurga

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar perlu hormat guru, manfaat pelajaran diberiPELAJAR yang cemerlang dan berjaya tidak dinilai kepada prestasi saja kerana tiga faktor iaitu sikap, kemahiran dan ilmu perlu dicapai secara seimbang. Kejayaan mendapat semua A bukan rujukan tetapi pencapaian turut dinilai melihat kepada akhlak dan sikap.\rZaman serba canggih ini, sikap pelajar juga semakin canggih. Mereka sudah hilang rasa hormat terhadap guru, malah ada yang berani bergaduh dan bertumbuk dengan guru hanya kerana tidak puas hati apabila ditegur. Walhal, teguran guru demi kebaikan mereka juga.\r\n\n\n\n\rBerbeza dengan zaman dulu, guru disanjung dan diberi kepercayaan mendidik anak murid oleh ibu bapa. Alangkah sedihnya melihat akhlak pelajar zaman ini bukan saja kepada guru tetapi juga terhadap masyarakat.\r\r\n\n\n\n\nPelajar yang cemerlang sentiasa menjaga percakapan dan tingkah laku apabila berdepan dengan guru. Mereka juga tidak segan meminta guru mendoakan kejayaan kerana berkat doa guru turut mempengaruhi kecemerlangan pelajar.\rSayang juga kerana ada pelajar yang ke sekolah bukan untuk menimba ilmu tetapi kerana terpaksa disebabkan semua rakan sebaya pergi sekolah. Apabila dibuat dalam keadaan terpaksa, maka akan timbul masalah.  \rJusteru, pelajar perlu mengubah sikap. Jika tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat. Oleh itu, jangan biarkan diri terseksa melakukan kerja tidak disukai sebaliknya berusaha mengubah diri supaya lebih menyukai suasana pembelajaran.\rBegitu juga dengan mereka yang melakukan kerja sekolah hanya mahu lulus periksa kerana pelajar yang mahu cukup sekadar lulus tidak akan berusaha lebih gigih selain berkira dengan masa dihabiskan mengulang kaji pelajaran.\r\n\n\n\n\rLebih baik menjadi pelajar yang memikirkan bagaimana untuk memiliki kejayaan dan memanfaat pencapaian itu demi kejayaan orang lain. Kerja keras yang menghasilkan kejayaan akan dijadikan contoh mereka yang ingin berjaya.\rImam al-Ghazali berkata: “Kita mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi kita tidak ikut jalan untuk berjaya. Ingat wahai pelajar sekalian bahawa perahu tidak akan belayar di atas daratan.”\rSabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang berjalan untuk keperluan menuntut ilmu maka Allah membimbingnya ke jalan syurga, sesungguhnya orang yang berilmu itu diminta keampunan oleh malaikat yang ada di langit dan makhluk yang ada di bumi, sehingga ikan-ikan yang ada di laut dan sesungguhnya ulama (orang berilmu agama) pewaris nabi.” (Hadis riwayat at-Tarmizi) \rDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Dia (Allah) telah mengajar kepada Nabi Adam nama-nama semuanya, kemudian diperlihatkan nama-nama itu pada Malaikat dan Allah berfirman: “Beritahukanlah nama-nama itu pada-Ku kalau kamu yang benar. Malaikat menjawab: Maha suci Allah tidak ada ilmu bagi kami, kecuali apa-apa yang Engkau ajarkan, sesungguhnya Engkau maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”\rSabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang berjalan di atas muka bumi adalah mereka yang mengajar manusia kepada kebaikan.” \rPenulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059157 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list