|
Rajagobal jadikan ujian dengan Hong Kong kayu pengukurMENYEDARI keazaman Hong Kong menebus kekalahan 2-0 di tangan skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan Februari lalu, ketua jurulatih K Rajagobal mahu anak didiknya bersedia dengan apa juga cabaran diberikan lawan itu pada pertemuan Jumaat ini.\rWalaupun menampilkan skuad berlainan kali ini, Rajagobal yakin barisan pemain berpengalaman yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan itu mampu mengulangi aksi cemerlang ke atas lawan sama di Hong Kong nanti.\r\n\n\n\n\r “Saya faham Hong Kong akan cuba untuk menebus kekalahan mereka di sini,” kata Rajagobal selepas sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam. “Tetapi kita akan ke sana dan cuba menyesuaikan diri dengan situasi secepat mungkin.\r\r\n\n\n\n\n “Saya harap pemain bersedia dengan apa juga cabaran ditampilkan lawan nanti kerana apabila bertemu Taiwan (perlawanan kelayakan Piala Dunia), situasi sama juga akan dihadapi.\r“Apa yang penting ialah mempersiapkan pasukan ini untuk perlawanan menentang Taiwan, jadi apa juga keputusan di Hong Kong menjadi kayu ukur skuad yang saya kumpulkan kali ini.”\rRajagobal yang hanya sempat berlatih sehari dengan skuad penuh 24 pemain yang disenaraikannya, tidak mahu terlalu meletak tekanan kepada anak didiknya.\r“Tumpuan utama adalah perlawanan menentang Taiwan pada kelayakan Piala Dunia zon Asia,” kata jurulatih yang membawa dua kejayaan besar peringkat Asia Tenggara - Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010.\r\n\n\n\n\r“Saya pernah melihat corak permainan mereka ketika Challenge Cup Di Vietnam, mereka agak pantas dan agresif. Jadi saya perlu menyediakan pasukan yang mampu mencabar mereka.”\rDaripada senarai 24 pemain dipanggil, hanya 22 akan berangkat ke Hong Kong pagi ini selepas penjaga gol Nasril Nourdin dan Farisham Ismail (pertahanan) digugur. \rSenarai Pemain:\rSharbinee Allawee (PG), Syed Adney (PG), Asrarudin Putra, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Aidil Zafuan, Helmi Remeli, Shahrom Kalam, Mohd Hisyamudin, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Azidan Sarudin, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Ashaari Samsudin, Ismail Faruqi, S Kunanlan, S Chanturu, Safee Sali, Norshahrul Idlan, Abd Hadi Yahya, Shahrizal Saad
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|