View: 71|Reply: 0
|
30,000 tiket final Piala FA untuk Terengganu
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya diperuntukkan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukti Jalil, 11 Jun ini, yang akan mula dijual kepada peminat negeri itu di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu, jam 10 pagi ini.\rPresiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket bagi tempat biasa berharga RM30 manakala tempat duduk berbumbung berharga RM50.\r\n\n\n\n\r Katanya, sebanyak 10,000 keping tiket sudah ditempah persatuan bola sepak daerah negeri itu dan baki 20,000 akan dijual kepada orang ramai.\r\r\n\n\n\n\n Jumlah tiket yang sama diperuntukkan kepada Kelantan manakala 25,000 keping lagi akan dijual di Bukit Jalil bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan di Lembah Klang tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir itu.\r“Saya mengharapkan rakyat Terengganu yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur serta tempat lain datang beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada skuad negeri ini untuk menghadapi Kelantan,” katanya.\rChe Mat berkata, Terengganu yang menjulang Piala FA pada 2000 dan mara ke perlawanan akhir 2004 tetapi tewas kepada Perak, berazam untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Kuala Terengganu musim ini dan yakin skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mampu mempamer persembahan mantap pada aksi kemuncak itu.\r“Terengganu juga berdepan Kelantan bagi perlawanan Liga Super Isnin ini dan jika menang dan menduduki tempat teratas liga, ia pasti menyuntik semangat buat pemain.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|