CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Toleransi mudahkan umat Islam kekal perpaduan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kongsi segala persamaan, elak tumpukan perbezaanISLAM adalah agama persaudaraan yang menggesa setiap Muslim mengambil berat terhadap sesama Muslim. Ia bertujuan supaya mereka tidak bersendirian dalam menghadapi kehidupan di dunia ini tidak kira sama ada pada waktu susah mahupun senang. \rAllah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah  antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” \r\n\n\n\n\rBegitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu dapati orang mukmin itu dalam berkasih sayang, tolong menolong dan silaturahim, bandingannya seperti satu tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain akan  juga berjaga malam dan demam.”\r \r\n\n\n\n\nSeterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (seagama) seperti dia mengasihi dirinya.” \rAyat dan hadis ini jelas menggambarkan keunggulan masyarakat Islam iaitu mereka semuanya bersaudara (seagama), saling berkasih sayang, membantu, bersilaturahim dan bekerjasama antara satu sama lain.\rRasulullah SAW apabila berhijrah ke Madinah antara perkara awal yang dilakukannya ialah membina masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam dan mempersaudarakan antara Muhajirin (penduduk Makkah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansar (penduduk Islam pribumi Madinah). \rLangkah yang diambil  Rasulullah SAW ini  dapat menyatupadukan penduduk Islam di Madinah. Mereka merasai sebagai umat Islam dan tiada lagi assabiyah iaitu semangat kekabilahan atau kesukuan di kalangan mereka.\r\n\n\n\n\rOleh itu, persaudaraan Islam bererti ikatan persaudaraan  dibina atas asas akidah yang sama. Sebagai umat Islam kita berpegang kepada satu akidah tanpa mengira bangsa, fahaman politik, keanggotaan dalam organisasi, mazhab dan aliran pemikiran. \rAkidah umat Islam adalah jelas, pasti dan tanpa keraguan terhadap sifat kesempurnaan bagi Allah SWT seperti   dalam surah al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk (untuk memohon sebarang hajat). Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setanding dengan-Nya.”\rPerpaduan bererti penyatuan tenaga, idea dan cita-cita dalam satu ikatan yang bersepadu. Islam amat menggalakkan umatnya supaya bersatu padu dan melarang  pada perpecahan. \rAllah SWT berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 103 yang bermaksud: “Berpeganglah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu berpecah belah.”\rDalam falsafah bangsa kita sendiri, sudah lama tertanam semangat perpaduan. Kita mewarisi daripada generasi terdahulu pepatah seperti ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ \rOleh itu, dapat kita fahami bahawa  masyarakat atau negara yang anggotanya bersatu padu  akan menjadi  kuat dan  dihormati  kawan serta lawan. \rSebaliknya, masyarakat yang anggotanya berpecah-belah, bersengketa dan hidup berpuak  membawa  ke arah kemusnahan dan kehancuran.\rOleh itu, dapat ditegaskan   dengan perpaduan,  ‘gunung yang tinggi dapat diroboh dan lautan yang dalam dapat ditimbus.’ Kerja  berat menjadi ringan dan  yang sukar menjadi senang. Dengan lain perkataan ‘perpaduan adalah kunci segala kejayaan.’\rApabila kita melihat perkembangan mutakhir ini,  persaudaraan dan perpaduan umat Islam di Malaysia menjadi polemik yang berterusan. Namun, kita tidak ingin menutup rapat pintu perbincangan. \rApa salahnya kita berbincang dan berpolemik dengan baik kerana agenda persaudaraan dan perpaduan sangat penting dalam Islam.\rMalaysia terkenal sebagai  sebuah negara Islam yang mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menjalankan pelbagai aktiviti  serta membenarkan mereka menubuhkan organisasi  sama ada dalam bidang politik, sosial, ekonomi, dakwah dan kebajikan.\rSetiap pertubuhan berusaha untuk mendapat pengaruh di kalangan masyarakat walaupun dengan menggunakan cara  tidak sihat seperti melemparkan fitnah, tuduhan, tohmahan atau kata-kata kesat. Ini semua gejala  berbahaya yang boleh membawa  perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat sekiranya ia  tidak dibendung dengan segera.\rWalaupun persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam tidak dapat diwujudkan sepenuhnya   kini disebabkan beberapa halangan  yang tidak dapat dielak, kita amat menggalakkan sifat keterbukaan dan toleransi (as-samahah) diamalkan oleh semua umat Islam. Islam melarang kita membenci sesama kita. \rUmat Islam sepatutnya   sentiasa berlapang dada dan mengelak daripada menyebarkan benih perpecahan dalam masyarakat. Kita sepatutnya berusaha sedaya upaya dalam mencari titik persamaan dan mengelakkan diri daripada menumpukan titik perbezaan dan perselisihan.\rPerbezaan pendapat jangan hingga bertukar menjadi perbezaan isi hati dan melemahkan  persaudaraan Islam.  Umat Islam sepatutnya insaf dan mengambil iktibar daripada perbalahan dan permusuhan yang berlaku  antara kumpulan Islam di negara tertentu, hingga menyebabkan persengketaan berpanjangan dan peperangan berlanjutan  yang akibatnya membawa kepada pertumpahan darah sesama Islam.   \rKita tidak  mahu melihat musibah dan malapetaka itu berlaku di negara ini.  Ia harus dijaga dan dikawal sebaiknya kerana kita bimbang melihat benih permusuhan mula ditanam di negara kita kerana perbezaan fahaman politik sesama Islam.\rDalam masyarakat majmuk, persaudaraan perlu dilaksanakan.  Apa yang dimaksudkan dengan persaudaraan di sini ialah perpaduan dan keharmonian yang merentasi batas sempadan agama. \rDalam negara seperti Malaysia penduduknya menganut pelbagai agama dan mengamalkan pelbagai budaya. Semuanya ini tidak boleh dijadikan alasan untuk berbalah dan bermusuhan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.128114 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list