CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Graduan perlu bijak rebut peluang SL1M

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MASALAH pengangguran dalam kalangan graduan kita terus mendapat perhatian utama pihak kerajaan. Kerajaan sedar bahawa masalah ini bukan saja akan meningkatkan kadar pengangguran negara tetapi ia juga akan mengancam masa depan graduan, keluarga, masyarakat dan  negara jika tidak ditangani  segera.\rJusteru, kita menyambut baik langkah kerajaan melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Skim ini  bakal membuka peluang kepada 3,000 graduan menjalani latihan praktikal di syarikat milik kerajaan (GLC) secara berperingkat bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan di negara ini.\r\n\n\n\n\r Apa yang diharapkan ialah semua graduan yang masih belum bekerja ataupun graduan yang telah bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan akan merebut peluang keemasan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang selok belok dunia kerjaya yang sebenar.\r\r\n\n\n\n\n Hal ini penting kerana kebanyakan daripada graduan kita ternyata hanya hebat di atas kertas ataupun secara teori saja tetapi gagal menyerlah dalam dunia pekerjaan yang realiti. Akibatnya mereka  gagal  menunjukkan prestasi kerja  cemerlang seperti yang diharapkan.\rPada masa sama, kebanyakan  majikan lebih berminat untuk mendapatkan calon pekerja yang telahpun mempunyai pengetahuan dan pengalaman  atau relevan dengan bidang kerja yang diperlukan. Ini menyebabkan graduan baru  terpinggir dan gagal  mendapat peluang kerja terbabit kerana tiada pengalaman yang diperlukan.\rDalam pada itu bilangan graduan yang semakin bertambah setiap tahun juga menyebabkan berlakunya persaingan yang hebat sesama mereka. Majikan juga dilihat mempunyai banyak pilihan dalam memilih calon yang benar-benar berpotensi, layak dan sesuai untuk diambil bekerja.\rJusteru, dalam hal ini graduan perlu berusaha untuk tampil dengan  bakat dan kemahiran  istimewa serta lain daripada orang lain yang membolehkan majikan tertarik kepada mereka seterusnya memilih mereka untuk bekerja dengan organisasi terbabit.\r\n\n\n\n\rPerkara ini sangat signifikan dan cukup kritikal kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan seperti sekarang setiap organisasi sedang berusaha untuk mengurangkan kos operasi masing-masing. Justeru, jika mereka berpeluang untuk melantik seorang pekerja yang sedia memiliki bakat, kemahiran dan pengalaman yang diharapkan maka calon itu akan menjadi pilihan utama majikan kerana ia sama sekali akan mengurangkan kos kursus dan latihan yang perlu diberikan kepada pekerja baru terbabit.\rNOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,\rUPM Serdang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.279348 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list