View: 185|Reply: 0
|
Dua tentera AS dijangkiti virus E.coli
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) berpusat di Jerman disyaki dijangkiti bakteria E.coli jenis berbahaya yang setakat ini menyebabkan kematian 19 orang di Eropah.\rPentadbiran Ubatan dan Makanan AS (FDA) sudah mula memeriksa penghantaran sayuran dari Sepanyol dan Jerman namun seorang pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata wabak itu tidak dijangka merebak ke AS.\r\n\n\n\n\r“Dua anggota tentera Amerika yang berkhidmat di Jerman dinilai sebagai kes disyaki,” kata Chris Braden, pengarah unit penyakit bawaan makanan, air dan alam sekitar di CDC.\r\r\n\n\n\n\nE.coli jenis amat berbahaya itu sudah menyebabkan kematian 18 orang di Jerman dan satu di Sweden serta menyebabkan lebih 1,700 jatuh sakit, dalam wabak maut E.coli paling teruk yang pernah direkodkan.\r“Hasil pertanian Amerika kekal selamat dan tiada alasan untuk penduduk mengubah tabiat pemakanan mereka,” kata David Elder, Pengarah Operasi Serantau FDA.\rKira-kira 199 kes baru bakteria E.coli toksik itu dilaporkan sejak dua hari lalu.\rSumber wabak masih tidak diketahui, namun saintis berkata jenis E.coli itu mungkin berasal daripada sayuran tercemar di Jerman. \r\n\n\n\n\rSayuran mentah terkenal sebagai tempat pengumpulan E.coli apabila ia ditanam menggunakan baju tahi lembu.\rTiga golongan dewasa Amerika sudah dirawat di hospital dengan apa yang pihak berkuasa percaya jenis sama bakteria itu selepas mereka berkunjung ke utara Jerman Mei lalu, kata CDC lewat Khamis lalu.\rPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jenis E.coli dikenali sebagai 0104:H4, jarang ditemui, dilihat pada manusia sebelum ini, namun tidak pernah tersebar sebagai wabak. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|